TAK PAYAH LA....KAU BUKAN CERDIK SANGAT PUN...KENA SAMAN MEMANJANG.

 


Razman akur kalau tak dapat Exco

Razman akur kalau tak dapat Exco

Pas Perak yakin parti itu tidak akan diketepikan dalam pelantikan Exco kerajaan negeri.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria melahirkan keyakinan itu berikutan semangat setiakawan dan penyatuan ummah yang terbina di antara Pas dan UMNO akan terus kekal.

“Pertamanya saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Kota Tampan di atas pelantikan sebagai Menteri Besar Perak yang ke-14.

“Mengenai pelantikan Exco, itu adalah kuasa di bawah Menteri Besar dan kita dimaklumkan pada hari ini hanya lima orang sahaja dilantik tidak termasuk Pas.

“Tapi saya yakin tak mungkin MB (Ketua Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad) akan meninggalkan PAS,” katanya mengulas pelantikan Exco terbabit dalam Facebook beliau hari ini.

Pelantikan lima Exco hari ini membabitkan ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin yang juga Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak.

Empat lagi ADUN yang mengangkat sumpah merupakan merupakan Exco sebelum ini yang kesemuanya dari UMNO iaitu ADUN Lintang, Datuk Mohd. Zolkafly Harun; ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya, ADUN Kampong Gajah, Datuk Dr. Wan Norashikin Wan Noordin dan ADUN Bota, Khairul Shahril Mohamed.

Razman bagaimanapun berkata, pihaknya tetap akur dengan sebarang keputusan walaupun sekiranya tidak dilantik.

“Apa yang penting sekarang ialah isu rakyat dan bagaimana wakil rakyat yang dipilih dapat berfungsi demi kepentingan rakyat itu sendiri.

Terdahulu beliau turut hadir dalam majlis upacara angkat sumpah perlantikan Menteri Besar Perak yang baru yang diadakan pada sebelah pagi di Istana Iskandariah Bukit Chandan.

No comments: