TAK MISKIN MACAM AFRIKA..TAPI DEKAT DEKAT ADA LA...



Tiada pihak hantar EIA lombong nadir bumi | Nasional | Berita Harian


Kedah no. 2 kaya di dunia, jangan jadi miskin macam Afrika

Oleh: Mohamad Saja

Aspek agama dan bangsa tidak menjamin kestabilan sesebuah organisasi melainkan individu yang diamanahkan menjaga organisasi agama dan bangsa tersebut.

Organisasi agama Kristian iaitu Vatican juga tidak dapat mengelak pelbagai skandal berlaku di dalam organisasi mereka. Kerana bukan salah organisasi tapi salah individu yang berada di dalamnya.

Organisasi kaum iaitu Quraisy satu bangsa yang mulia tapi dikaitkan dengan kejahilan bukan kerana bangsa tapi kerana beberapa individu seperti Abu Lahab dan Abu Jahal yang menyebabkan bangsa Quraisy dilihat jahiliyah.

Penarafan jatuh bukan sebab organisasi

Justeru, kejatuhan penarafan Petronas bukan disebabkan kelemahan organisasi tersebut, tetapi disebabkan parti politik yang melantik orang baru yang kurang pengalaman di dalam Petronas menyebabkan rating Fitch turun.

Dengan situasi politik semasa kita akan kehilangan banyak lagi kemegahan kita. Kehilangan beberapa kemegahan tersebut tidak akan dirasai oleh kumpulan yang bersekongkol bukan kerana mereka buta tetapi kerana prinsip telah dikompromi demi kuasa.

Kuasa membutakan pemilik kerana itu Abu Dzar dihalang menjadi gabenor kerana kelemahan yang ada pada beliau tidak melayakkan beliau memegang jawatan gabenor.

Melihat kelompok individu yang berada dalam kerajaan ketika ini kita tidak perlu meletak harapan yang terlalu tinggi kerana mereka diketuai pengkhianat dan dibarisi dengan individu agama dan bangsa yang terbukti mempunyai pelbagai masalah dari peristiwa kegagalan pengurusan seperti di Kelantan dan Pahang.

Letak aset negara di bawah profesional

Saya melihat satu rang undang-undang perlu diwujudkan supaya aset utama negara dari kalangan GLC yang berpotensi besar memberi pendapatan kepada kerajaan diletak di bawah satu jawatan kuasa bebas yang mengurus aset di bawah Parlimen. Gangguan pihak kerajaan akan menyebabkan perubahan kepimpinan GLC ditentukan oleh pihak yang berkuasa.

Norway Sovereign Fund adalah contoh bagaimana sebuah negara mengasingkan pengurusan dana negara dengan pihak pemerintah. Hasilnya, Norway memiliki jumlah aset dana hampir AS$1.2 Trillion.

Justeru, saya juga mencadangkan agar negeri Wakedah (walaon Kedah) boleh mula memisahkan dana negeri dengan pihak berkuasa negeri khususnya negeri Kedah apabila negeri Kedah dikatakan negeri kedua paling kaya di dunia selepas negeri wakanda di Afrika.

No comments: