DAKWAH DENGAN KASIH SAYANG, BUKAN MAKI HAMUN.

 

KOMUNITI Yang ingin berhijrah jangan sesekali disisihkan, sebaliknya perlu didekati dan disantuni sebaik mungkin.

Mereka sebaiknya dibimbing bukan saja untuk diri mereka sendiri, tetapi juga untuk keseluruhan komuniti berkenaan.

Sesuai dengan gerak kerja dakwah ini, YADIM pada 10 hingga 12 Mac terlibat menganjurkan program Gold Camp: Pembangunan Jati Diri dan Hala Tuju Bersama Komuniti Disayangi Siri 2 di Kem Baitun Nur, Banting.

Seramai 50 peserta komuniti disayangi ini terlibat dengan pelbagai pengisian bertujuan memberi bimbingan kepada mereka.

Selain solat berjemaah, slot pendidikan, persembahan berkumpulan, turut diselitkan ialah sesi pengurusan jenazah.

Para peserta juga bergotong royong membersihkan Masjid  Diraja Sultan Alaudin berhampiran kem.

Pada sesi penutup, yang dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Haji Zamri Zainal Abidin, para peserta menzahirkan harapan agar program ini terus diadakan lagi pada masa depan.

Haji Zamri dalam ucapannya menyatakan pihaknya akan terus menyantuni komuniti disayangi lagi selepas ini kerana ujarnya, dakwah seharusnya tiada sempadan.

Hadir dan terlibat sama sepanjang program ialah Yang Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Puan Rohaizah Jawahir, Pensyarah Universiti Islam Selangor (UIS) merangkap Penasihat Program, Dr Nor Hafizah Mohd Haridi, Pengerusi Pertubuhan Usrah Fitrah, En. Rohaizad Abdul Rahman dan pelajar pelajar UIS selaku fasilitator.

 


No comments: