Tahniah Buat Pelakon Holywood Kelahiran Ipoh Malaysia




Anwar Ibrahim


Saya utus tahniah buat tokoh budayawan dan seniwati Tan Sri Michelle Yeoh yang ditabal selaku Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Akademi Ke-95 (Oscars 2023) menerusi lakonannya dalam filem Everything Everywhere All at Once.


Pelakon kelahiran Ipoh itu juga merupakan pelakon pertama Asia memenangi anugerah berprestij itu.


Ternyata pencapaian ini amat mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.


Besar harapan agar pencapaian ini akan terus memberi inspirasi kepada semua penggiat seni dan perfileman tempatan.


Tahniah dan syabas dari seluruh rakyat Malaysia!


#MalaysiaMadani


Foto: Kevin Winter—Getty Images



No comments: