Kenyataan Ahli Parlimen Padang Terap dari Pas, Nurul Amin Hamid yang menyokong Datuk Seri Najib Razak berhubung isu Titah Adendum kononnya demi menyelamatkan Malaysia dihujani kecaman orang ramai.
Pas dilihat hanya menjilat ludah sendiri memandangkan parti pembangkang tersebut sebelum ini lantang menuntut Najib yang berdepan kesalahan menyeleweng untuk diheret ke mahkamah.
Namun, lain pula pendirian Pas semasa negara diterajui Kerajaan MADANI pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila tergamak menyokong penyakau yang telah disumbat ke penjara sejak 23 Ogos 2022.
“Demi menyelamatkan Malaysia daripada penipuan dan pengkhianatan, hari ini menjadi saksi titik sejarah besar,” kata Nurul Amin yang merupakan antara pemimpin Pas yang turut bersolidariti berhimpun menyokong Najib pada 6 Januari lalu.
Selain Nurul Amin yang juga Exco Pemuda Pas Pusat, Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan turut hadir sebagai peguam pemerhati prosiding.
Sokongan pemimpin Pas kepada Najib juga begitu dominan berbanding Bersatu dengan kehadiran Naib Presidennya, Idris Ahmad dan Ahmad Samsuri Mokhtar; Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor; Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari; Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden dan Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim.
Turut kelihatan Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Mohd Salleh; Ahli Pahlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff; Ahli Parlimen Tumpat, Mumtaz Md Nawi dan Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad.
Rata-rata menyifatkan Pas sebagai makin terserlah hipokrit malah secara sinis menegaskan Malaysia perlu diselamatkan daripada parti yang akrab dengan kes fitnah.
Antaranya pengguna X, Abdul Aziz Abdullah yang menulis, “Hipokrit. Siang kata lain, malam kata lain. Malaysia memang perlu diselamatkan dari mulut-mulut puaka dan duta-duta fitnah.
Pas memang layak dipanggil Parti iawak.”
Sementara itu, Amer Hamzah pula membidas hujah penyokong Pas yang mengaitkan dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Penyokong Pas menggunakan tuduhan terhadap Timbalan Perdana Menteri berkenaan sebagai modal untuk mewajarkan sokongan mereka ke atas Najib.
Beliau yang juga Presiden UMNO itu dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 4 September 2023 daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.
“Zahid tak pernah didapati bersalah oleh mana-mana mahkamah.
“Najib pula berbeza apabila didapati bersalah oleh semua mahkamah. Siapa sokong klepet tokrat ni?” tempelaknya kepada Nurul Amin.
===========================================================================
Meninjau di ruangan komentar di akaun X pemimpin pembangkang itu, rata-rata menyindir termasuk berkongsikan tangkap layar makian Wan Fayhsal berkenaan Najib Razak pada 2019.
“Yang bengap lagi bebal bila Najib samun duit pencen rakyat tapi ada golongan bodoh pertahankan,” tempelak Wan Fayhsal pada 11 Mei 2019.
Sekali lagi di X atau Twitter ketika itu pada 22 Mei 2019, Wan Fayhsal mencerca, “Wow so many idiots who still support Najib and 1MDB“.
Sindiran orang ramai itu susulan kehadiran Wan Fayhsal bersama pemimpin Bersatu dan Pas semasa himpunan solidariti Najib Razak di Istana Kehakiman, 6 Januari lalu.