KENAPA REMAJA TIDAK MAHU SAMBUNG BELAJAR...




ASRAF JEFFRY



"Amik degree kena loan RM25k,bila grad,kerja dapat gaji RM2k. Lepas SPM pun boleh dapat RM2k,takyah fikir loan."

.

Saya tidak faham dari mana keluarnya idealogi sebegini.Saya tidak nafikan apa yang dipertikaikan itu betul tetapi sebenarnya tidak adil. Bila orang yang ada degree berkerja pada landasannya, mungkin gajinya sama dengan gaji waiter di kedai tetapi possibility untuk dia naik pangkat,dapat offer kerja yang lagi bagus itu tinggi berbanding waiter di kedai.

.

Saya ada seorang kawan grad dari Jepun. Balik ke Malaysia,masuk ke kilang Canon Malaysia. Gaji yang ditawarkan ialah RM2.5k. Bayangkan,grad Jepun gaji hanya RM2.5k. Tapi dia kekal di sana, kerja dengan ikhlas dan bersungguh.

.

Dalam masa beberapa bulan,gajinya naik RM3k disebabkan ramai kawan-kawan yang lain berhenti. Dalam masa sama,dia intai peluang untuk masuk kerja ke Government,pergi temuduga SPA dan sebagainya,Alhamdulillah,dia dapat kerja di UiTM dengan pangkat dan gaji yang lebih besar.

.

Ada juga seorang kawan saya lagi yang kerja di Rohm Wako dengan gaji RM3k. Selepas 3-4 tahun berkerja,dia dapat pindah ke JKR dengan gaji dan tawaran yang lebih lumayan.

.

Ketahuilah cerita mereka yang grad terus dapat gaji RM5k itu hanyalah satu dalam seribu. Ramai orang mula dari bawah dan mendaki secara perlahan-lahan. Ketika berkerja, bina portfolio,tambah skill dan dalam masa sama,intai peluang yang ada di luar sana.

.

Lumrah di Malaysia,kalau nak naik gaji dalam syarikat yang sama, maaf sebab saya terpaksa bagi satu perumpamaan yang ekstrim,kita kena doakan senior atau Manager kita mati dahulu baru dapat naik pangkat dan terima kenaikan yang tinggi. Kalau tidak, kenaikan gaji tidak sampai pun 10%. Kenaikan gaji saya di syarikat lama hanya 2% atau RM70 sahaja. Oleh sebab itu tidak ramai orang

hebat

kekal dalam sektor perkilangan. (Dulu saya berkerja sebagai Sales Enginee)

.

Saya tidak nafikan di awal-awal kerja penat dan sakit. Setiap hari kena bangun pagi, baru nak kenal politik dalam syarikat dan kena bayar loan degree tadi. Tapi ini juga adalah satu tempoh pembelajaran untuk perbaiki diri.

.

Tiada orang yang lahir-lahir boleh terus berlari sambil minum air Coke. Aduh,terlepas tulis air Coke,sepatutnya tulis air Teh Beng Kelate,takpa,abaikan. Semua orang bermula dari tidak pandai berjalan,merangkak,berdiri, berjalan,berlari dan tulis post hentam Kerajaan Negeri Kelantan. Ada langkah demi langkah.

.

Jadi,kena sabar. Jangan gopoh. Kalau duit bulanan tidak cukup,cuba rendahkan dulu perbelanjaan bulanan atau tambah pendapatan sampingan. Saya ada ramai kawan yang sambil berkerja,dia buat part time Takaful atau jadi ejen Dropship. Bahkan, ada Youtuber-Youtuber yang terkenal sekarang bermula dengan 'Part Time' di waktu malam dan hujung minggu.

.

Sebelum saya tekan button post,saya nak tegaskan yang saya bukan ingin menormalisasikan budaya yang tidak bagus iaitu bagi fresh grad RM2k untuk tahun 2022 di mana inflasi menggila. Saya sendiri mengakui RM2k adalah sakit kalau nak hidup di ibu kota. Tetapi saya ingin tegur mereka yang mempunyai mindset tidak ingin sambung belajar disebabkan gaji lepasan University dengan lepasan SPM sama.

.

Apa-apa pun,kalau anda tidak ingin sambung belajar dan nak gaji RM2k,saya ada 5 kekosongan di Samurai Yakiniku Bangi. Lepas tambah OT,Elaun dan bonus,Insya Allah anda boleh dapat RM2.3k sebulan. Kalau anda sedang belajar dan nak buat part time ketika tiada kuliah pun boleh PM tetapi gaji tidak dapat RM2.3k sebulan,hihi.

.

Tahniah kalau anda dapat baca post ini sampai habis.

Tapi tiada link Shopee,yang ada;

Nur.Shopee.

 

No comments: