Pelakon, Pelawak Jalil Hamid Kembali Ke Rahmatullah

 

Berita pemergian Jalil Hamid disahkan anaknya, Afiqah jam 12.30 tengah hari 4 Mei 2026. Foto Danial Al Rashid

KUALA LUMPUR, 4 Mei – Dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian pelakon dan pelawak veteran Jalil Hamid yang menghembuskan nafas terakhir pada pukul 12.30 tengahari, Isnin.

Berita pemergian tersebut disahkan oleh anaknya, Afiqah Jalil yang menyedari ayahnya sudah tidak bergerak.

Kata Afiqah, bapanya yang berumur 69 tahun itu disahkan menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Subang Jaya.

“Ya betul, ayah saya sudah meninggal dunia.

Allahyarham Jalil Hamid dipercayai mengalami masalah jantung bengkak dan menghembuskan nafas terakhir jam 12.30 tengah hari 4 Mei 2026.

“Ibu masuk ke bilik untuk tengok ayah dan didapati dia sudah tiada,” katanya.

Ditanya mengenai penyakit yang sedang dihidapi oleh arwah, Atiqah memaklumkan bapanya sedang bergelut dengan masalah jantung bengkak.

“Ayah saya memang ada masalah jantung bengkak,” ujarnya.

Jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid Al Munawwarah, Shah Alam dan kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 21 selepas solat Asar.

“Kami sekeluarga mohon semua mendoakan urusan ayah dipermudahkan dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” ujarnya.



No comments: