Undang dulu ‘dihalau’, kini dibela? Peguam persoal layanan berbeza


 



Seorang peguam mempersoalkan dakwaan wujud layanan berbeza terhadap institusi Undang di Negeri Sembilan, dengan membandingkan insiden lampau dan perkembangan semasa.

Liyana Marzuki mendakwa pada 2016, seorang Undang di Johol bukan sahaja dipecat, malah didakwa dihalau dari kediaman rasmi serta berdepan tindakan memalukan.

Menurutnya, situasi itu berbeza dengan naratif semasa yang dilihat mempertahankan kedudukan Undang sebagai setara dengan Yang di-Pertuan Besar.

“Ketika berkuasa, layanan terhadap Undang berbeza. Bila hilang kuasa, naratif pula berubah,” katanya dalam kenyataan.

Liyana turut mendakwa terdapat pihak yang mempertahankan tindakan seorang Undang dalam isu terkini, termasuk dakwaan cubaan menurunkan Yang di-Pertuan Besar secara tidak berperlembagaan.

Katanya, tindakan tersebut sepatutnya diteliti dari sudut perlembagaan dan adat, bukannya disokong secara membuta tuli.

Beliau mempersoalkan mengapa tiada kecaman terhadap tindakan tersebut, sedangkan dalam konteks lain ia boleh dianggap sebagai penderhakaan kepada institusi raja.

Menurutnya, rakyat kini lebih peka dan mampu menilai perbezaan layanan terhadap institusi berkenaan berdasarkan situasi politik semasa.

Kenyataan itu hadir di tengah polemik melibatkan peranan Undang dan kedudukan Yang di-Pertuan Besar di Negeri Sembilan, yang kembali menjadi perhatian umum.

Liyana menegaskan sebarang tindakan melibatkan institusi diraja perlu dilihat secara berhati-hati dan berlandaskan perlembagaan serta adat yang sah'



No comments: