Kekangan Fiskal Negara, Kerajaan Tampung Subsidi RM5 Bilion Sebulan – PM Anwar

 






Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) di Putrajaya pada 4 Mei 2026.

PUTRAJAYA, 4 Mei – Berikutan kenaikan harga bahan api susulan konflik di Asia Barat menyebabkan kerajaan kini menanggung beban subsidi mencecah kira-kira RM5 bilion sebulan, dengan jumlah itu berpotensi meningkat kepada lebih RM6 bilion sekiranya harga minyak global terus melonjak tinggi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menjelaskan situasi itu, Perdana Menteri berkata, jumlah subsidi ditanggung kerajaan itu terus meningkat berbanding sekitar RM700 juta pada Januari lalu, sekali gus memberi tekanan kepada kedudukan kewangan negara.

“Kalau harga (subsidi ditampung kerajaan) setakat sekarang, RM5 bilion sebulan, bayangkan 10 bulan RM50 bilion daripada dana kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) di Putrajaya pada 4 Mei 2026.

“Penjawat awam harus tahu ya. Kadang-kadang ada yang tidak tahu, di bawah, di luar lain, ada yang tanya kenapa kos naik, kenapa harga minyak tak turun? RM1.99 patutnya turun lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) di sini, hari ini.

Untuk itu, Perdana Menteri menggesa agar penjimatan terus dilakukan seperti pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) yang menjimatkan perbelanjaan hampir RM2 juta dalam tempoh 10 hari pertama pelaksanaan.

Justeru, beliau meminta sokongan semua pihak agar dapat melaksanakan langkah berkenaan ketika kerajaan berusaha memenuhi keperluan bekalan tenaga negara biarpun harganya terus meningkat.




No comments: