M. Asri M. Jamil
𝗞𝗮𝘂 𝗻𝗮𝗸 𝗮𝗽𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗻𝘆𝗮...?
Apabila Menteri Besar mengumumkan keputusan Dewan Keadilan dan Undang, mereka kata beliau masuk campur urusan adat.
Sekarang, orang yang sama pula kata Menteri Besar gagal menyelesaikan krisis adat.
Jadi, sebenarnya kau nak apa?
Kalau MB bercakap, dikatakan campur tangan. Kalau MB menghormati proses adat dan tidak melangkaui bidang kuasa, dikatakan gagal pula.
Ini bukan lagi soal mempertahankan adat. Ini soal naratif politik yang berubah-ubah ikut keadaan.
Urusan adat Negeri Sembilan ada saluran dan institusinya sendiri. Dewan Keadilan dan Undang ada peranan serta kedudukannya. Kalau benar mahu hormat adat, hormatilah prosesnya.
Jangan bila keputusan tidak memihak kepada kehendak politik sendiri, semua orang hendak disalahkan.
Yang jelas gagal bukan Menteri Besar. Yang gagal ialah naratif yang tidak konsisten.
Hari ini kata jangan campur. Esok kata gagal selesai.

No comments:
Post a Comment