MAVCOM vs AirAsia

 MAVCOM vs AirAsia 


1. Sejak 10 hari lalu, banyak orang sudah tanya hal ini. Mohon maaflah kalau saya terlepas pandang jawapannya. 


2. Jadi saya mohon ulang tanya, khususnya kepada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM). 


3. MAVCOM sambung Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) AirAsia Berhad untuk tempoh enam bulan dari 1 Oktober 2022 hingga 31 Mac 2023. 


4. Tempoh itu mungkin akan disambung enam bulan lagi dari 1 April 2023 hingga 30 September 2023 kalau AirAsia mematuhi syarat-syarat khusus yang dikenakan oleh MAVCOM menjelang 31 Disember tahun ini. 


5. Nak tanya MAVCOM pasal apa sambung enam bulan hingga 31 Mac 2023 dan mungkin sambung enam bulan lagi sampai 30 September 2023 dengan bersyarat?


6. Apakah syarat yang AirAsia kena penuhi menjelang 31 Disember 2022 itu? Pasal apa MAVCOM macam nak berahsia pula? Pelanggan, pelabur dan orang ramai berhak tahu. Manalah tahu sambung bersyarat ASL ini ada kena mengena dengan isu keselamatan atau kewangan atau kedua-duanya sekali. 


7. MAVCOM kena terus terang pasal syarat ASL ni banyak. Laman web MAVCOM senaraikan enam. Sementelah MAVCOM boleh luluskan ASL untuk tempoh sehingga 10 tahun dari tarikh kuat kuasa. 


8. Jadi mesti ada alasan yang sangat kuat (compelling) menyebabkan MAVCOM memberi ASL setahun dengan bersyarat kepada AirAsia. 


9. AirAsia bukan calang-calang syarikat. Ia sebuah organisasi korporat yang berprofil tinggi dengan pemilik-pemilik merangkap peneraju yang berpengaruh (influential), "savvy" dan pelobi hebat. 


10. Jadi, demi untuk berlaku adil kepada semua pihak, MAVCOM kenalah lebih telus (transparent) dengan penjelasannya. 


Terima kasih.



No comments: