Pagi tadi saya call adinda saya Mohd Faisal atau Peja. Saya berikan petua bagaimana dia perlu berkerja untuk menang di Tambun.
2. Pada pengamatan saya Anwar Ibrahim akan kalah di Tambun. Dan dia akan kecundang untuk selamanya bercita menjadi Perdana Menteri.
3. Kenapa saya katakan Anwar Ibrahim kalah di Tambun?
4. Anwar Ibrahim tidak buat kerja rumah Parlimen Tambun dengan berhati-hati. Adakah beliau tahu perkara ini?.
5. Keputusan Pru ke 14 jelas membuktikan jumlah undi yang Peja dapat ialah 38,661 undi dengan majoriti 5.320. Undi dan mengalahkan calon BN yang memperolehi undi sebanyak 33.341 undi.
6. Dalam Pru ke 14, Peja menggunakan lambang PKR. Dari itu pengundi bukan Melayu, khas penyokong Cina, India dan DAP memberikan undi kepadanya yang lebih kurang 15.000 undi dan selebih pengundi Melayu.
7. Dahulu PAS berasingan dan bersaing dengan PKR dan BN. Calon PAS di Tambun memperoleh undi 14.948. Jika dicampurkan undi Peja dan Calon PAS akan berjumlah 53.609 undi.
8. Jika BN bertanding. Calonnya tidak mesra alam saperti Ketua UMNO Bahagian Tambun, BN agak sukar menang. Dan undinya merosot.
9. Kesimpulannya jika pengaruh Peja kekal dengan kedudukan sokongan 25.000 undi dan di bantu oleh PAS dalam satu payong Perikatan Nasional sebanyak 14.000 undi, Ini memberi makna Peja sudah ada hampir 40ribu pengundi.
10. Berasal dari 107 ribu pengundi. Dan dua DUN di kuasai oleh PH, tidak memberi makna Anwar Ibarahim mudah menang di Tambun. Sentimen Peja sebagai anak tempatan dan membesar di Tambun, tidak boleh di ketepikan begitu sahaja.
Sejauh mana Anwar Ibrahim dapat menyanggah dia bukan nomad politik yang berpindah randah dan bukan anak tempatan Tambun.. akan menjadi penentu kemenangan. Tapi saya rasa akan tersungkur di Tambun. -zmy