Aku jumpa ni di aplikasi X. Ada yang bercerita gajinya cuma tinggal RM100 lepas dia beli barang keperluan walaupun dah puas berjimat. Cerita tu tak pelik sangat cuma bila ada walaun bertanya "Madani apa komen", jadi aku rasa nak jawab.
Pertama sekali, tak ada komen yang sesuai diberikan sebab maklumat tak lengkap. Dia cerita gajinya cuma tinggal RM100 tapi tak pula dinyatakan berapa gajinya yang sebenar. Kalau gajinya cuma RM800, maka tak peliklah apa yang berlaku.
Kedua, harga barang memang akan sentiasa naik. Itu tak boleh dielakkan. Kenapa? Sebab inflasi. Kena ingat inflasi sentiasa positif. Kalau inflasi negatif (deflasi), ia boleh menyebabkan kemelut ekonomi. Tapi bila positif maka harga akan selalu naik.
Inflasi ni lagging indikator. Bermakna kita dapat kira inflasi selepas harga tu naik. Contoh kalau tahun lepas harga barang tu RM10, tahun ini jadi RM10.15, maka inflasi adalah 1.5%.
Bayangkan satu barang dijual pada harga RM10 pada tahun 2014. Katakan inflasi 1.5%. Pada tahun 2015 ia dah jadi RM10.15. Tahun 2016, inflasi 1.5% lagi jadi harga lebih kurang RM10.30. Begitulah seterusnya.
Kalau inflasi konsisten 1.5% setiap tahun, bayangkan tahun 2024 dah jadi berapa? Jangan lupa tahun 2021 inflasi kita tinggi. Jadi kenaikan lebih tinggi. Hinggalah 2023 barulah inflasi mula mereda.
Jadi harga barang memang dijangka naik. Itulah tanda ekonomi berkembang. Cuma, kenaikan lebih tinggi disebabkan kemelesetan ekonomi dalam tahun 2020 hingga 2022, ketika PN berkuasa.
Jadi apa kerajaan buat? Untuk info, Menteri Ekonomi memang dah nampak perkara ini. Rafizi pernah kata ini kesan dari kenaikan gaji yang tidak bersesuaian dengan kenaikan harga barang. Sebab itu rakyat amat terkesan pada ketika ini.
Masa aku dalam union, bila tiba perjanjian bersama, kita akan minta immediate adjustment berdasarkan jumlah inflasi selama tiga tahun. Itu sebab kita mahu gaji kita bersesuaian dengan situasi harga barangan.
Sebab itulah inisiatif Dasar Gaji Progresif diadakan. Ia untuk membolehkan rakyat menikmati kadar bayaran yang bersesuaian dengan kadar harga barangan semasa. Tapi dasar ini perlukan masa untuk dibuat. Tak semudah ABC.
Masa PN berkuasa dulu, bila tiba harga barang naik, pandai lebai buat macam-macam alasan. Walaun pun sokong semacam je walaupun alasan tak masuk akal dan tak munasabah langsung.
Aku ingat masa tu aku sendiri bukan minta kerajaan turunkan harga barang tapi aku bertanya apa langkah yang dibuat untuk tangani isu ni. Tapi tak ada apa pun yang dibuat oleh PN selain daripada suruh rakyat bersabar. Tiba-tiba hari ni walaun pandai pulak nak meroyan ye?
Setidaknya kerajaan Madani ni ada usaha-usaha untuk meningkatkan hidup rakyat supaya tak terus tertekan kesan dari kenaikan harga barang keperluan yang tak dapat dielakkan ini.
Dulu masa PN dalam kerajaan, ada pernah kita dengar sebarang inisiatif kerajaan untuk bantu rakyat? Jangan harap la.
Yang ada berita beli Mercedes, cerai guna WhatsApp, test drive Ford Raptor, langgar PKP, pasta durian dan lepas jatuh, terbongkar kes Jana Wibawa. Semua yang menguntungkan dorang. Yang membantu rakyat mana ada. Kan? Guane boh?
Raja Gelap II
.