KAMARUL .WALAU ADA DUIT JANGAN MEMBAZIR LAH.SEDEKAH PADA RUMAH ANAK YATIM DAPAT PAHALA BULAN PUASA INI


PULAU PINANG - Pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru di antara Barisan Nasional, PAS dan seorang calon Bebas. Seorang pakar motivasi, Kamarul Ramizu Idris (foto), telah menyuarakan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari penamaan calon pada 17 Ogos dan pengundian pada 25 Ogos. Kamarul Ramizu, 42, berkata beliau bersedia untuk membeli borang pencalonan dari Pejabat Pilihan Raya negeri, Jumaat ini. "Saya sedia untuk bertanding di Permatang Pasir kerana saya telah memperuntukkan kira-kira RM100,000 bagi kempen pilihan raya kecil itu. "Saya juga akan berkempen di kawasan Permatang Pasir supaya pengundi faham misi dan visi saya," katanya. Sebelum ini, Kamarul Ramizu telah bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak dan Penanti.

Sementara itu Umno macam biasa nak tunai janji kononnya memenuhi janji di setiap peti undi."hangpa ingat kami ni pekakaih hangpa ka" demikian jelas seorang pengundi yang mengecam Umno yang selama ini tak pernah berbuat apa-apa pun,malah kalau dilihat jasa YB Hamdan, rumah orang Umno yang terbakar pun di beri bantuan.

"Umno nak tolong ahli sendiri pun orang PAS tolong, macamana janji nak tolong rakyat?" demikain jelas yang lain.Tak bagi jalan pun tak pa lah.Dah lama kami kutip duit beli tar second hand buat gotong royong sama-sama." boleh jalan juga demikian kata yang lain.