KENYATAAN AKHBAR AMK PERMATANG PAUH: SIAPA PENGKHIANAT MELAYU: DAN PILIHANRAYA KECIL PMT PASIR







KLIK UNTUK BESARKAN

Bongkar Subuh



PERMATANG PAUH-Ketua AMK Permatang Pauh Sdr Amir Ghazali hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan menghina dan memperlekehkan Ketua Umum Parti DSAI dianggap sebagai satu tindakan terdesak Umno bagi mendapatkan sokongan kaum Melayu kepada parti tersebut yang dilihat sejak akhir-akhir ini menolak pimpinan mereka.


Orang Melayu hari ini dilihat tidak lagi menyokong Umno yang disifatkan sebagai sebuah parti yang hanya mengadu domba dan cuba mengambil hati orang Melayu dengan cara yang tidak sihat dengan memainkan isu perkauman dalam negara dan juga menghina pimpinan lain.

Beliau juga mendakwa bahawa AMK Permatang pauh sedia meletakkan calon sekiranya Umno mahu berdebat isu pengkhianat bangsa Melayu sama ada DSAI atau pun Umno sendiri.


Dalam satu kenyataan, beliau mendakwa bahawa PKR akan bekerjasama dengan PAS dalam mencapai misi kemenangan dan mempertahankan Permatang pasir di tangan PAS dan jentera AMK akan bersatu dan berjuang melawan dakyah Umno yang pastinya akan datang dari serata pelusuk negeri.



KLIK UNTUK BESARKAN

Namun AMK akan memastikan bahawa Umno akan tetap kalah dalam pilihanraya ini.

No comments: