GAMBAR :ihsan PINK TURTLE



LAPORAN POLIS PEMUDA PAKATAN P.PINANG

Ini adalah laporan Polis yang telah dibuat oleh saudara Azrizal Tahir bagi pihak AMK P.Pinang, manakala bagi pihak DAPSY dibuat oleh YB Eng Wei Aik dan DPP P.Pinang oleh Ustaz Yusni.
Laporan polis :

Saya Ahmad Azrizal bin Tahir Naib Ketua Angkatan Muda 1, Parti KeADILan Rakyat Pulau Pinang. Ingin membuat laporan polis bersangkutan dengan perhimpunan haram yang dilakukan oleh Pemuda Barisan Nasional yang diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Norman Zahalan.

1. Perhimpunan haram tersebut menghina persidangan DUN yang sedang berlangsung. Pintu pagar DUN telah digoncang untuk menimbulkan suasana tegang dan ketakutan kepada ADUN-ADUN dan Pegawai yang hadir dalam sidang DUN. Peserta perhimpunan haram juga mengeluarkan kata-kata berunsur perkauman dan banner serta kain rentang berunsur provokasi merujuk kepada siaran media tv3 jam 8.00pm 30 hb Nov 2009

2. Liputan media yang dibuat oleh TV 3 juga memaklumkan peserta perhimpunan haram telah melakukan tuduhan terbuka terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang bahawa kerajaan negeri membohongi penduduk Pulau Pinang . Ini merupakan tuduhan yang amat serius dan wajar disiasat mengikut lunas undang-undang.

3. Saya juga mahu pihak polis mengambil tindakan tegas dan professional serta tidak ‘double standard’ kepada penganjur perhimpunan tersebut kerana ia jelas mengugat ketenteraman awam dan menimbulkan ketakutan kepada masyarakat Pulau Pinang. Liputan media yang luas telah menyebabkan pandangan serong masyarakat kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Laporan ini dibuat agar pihak polis mengambil tindakan tegas kepada penganjur perhimpunan haram tersebut. Saya juga menegaskan di sini yang pihak polis harus membuka segera fail siasatan terhadap tuduhan pembohongan yang kononnya dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan mengambil tindakan sekiranya tuduhan tersebut hanya fitnah yang dibuat untuk mengugat imej kerajaan negeri Pulau Pinang.

Sekian Laporan Saya.
Ahmad Azrizal Bin Tahir

No comments: