PENJELASAN AMK PULAU PINANG



Angkatan Muda Pulau Pinang (AMKPP)




KENYATAAN MEDIA




3 Disember 2009




Merujuk kepada artikel bertajuk “Demo: Pemuda PAS, PKR tidak sehaluan” yang telah diterbitkan oleh pihak Tuan berkenaan kenyataan Ketua AMK Malaysia iaitu saudara Shamsul Iskandar yang sangsi sama ada benar Angkatan Muda PKR Pulau Pinang membuat aduan polis untuk mendesak penganjur disiasat seperti dilaporkan media.







Saya Amir Haji Ghazali selaku Ketua AMK Pulau Pinang merasa bertanggungjawab untuk menjelaskan perkara sebenar berkenaan isu tersebut (laporan Polis).




Memang benar ada laporan polis telah dibuat terhadap penganjur Demonstrasi Haram itu tetapi ianya bukanlah dibuat untuk menggesa pihak polis menahan para peserta demonstrasi haram itu, kerana kami sedar tentang ujudnya polisi yang membenarkan sebarang perhimpunan secara aman diadakan.




Kami juga amat menghormati hak semua pihak untuk mengadakan perhimpunan secara aman selagi ianya tidak menimbulkan kekacauan dan menganggu ketenteraman awam.
Laporan Polis terhadap penganjur perhimpunan haram itu hanya dibuat setelah perkara-perkara berikut timbul:
Perhimpunan Haram itu tersebut menganggu dan juga menghina persidangan DUN yang sedang berlangsung. Dimana pintu pagar DUN telah digoncang untuk menimbulkan suasana tegang dan takut kepada ADUN-ADUN dan Pegawai yang telah hadir dalam sidang DUN. Peserta-peserta perhimpunan haram itu uga telah mengeluarkan kata-kata yang berunsur perkauman dan mempamirkan sepanduk-sepanduk serta kain rentang berunsur provokasi dan menganggu lalu lintas.

Peserta Demonstrasi menggoncang pintu pagar DUN.




Lalu lintas yang terganggu.







Liputan media yang dibuat oleh pihak TV3 juga telah memaklumkan peserta perhimpunan haram itu telah melakukan tuduhan secara terbuka terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang bahawa kerajaan negeri telah membohongi penduduk Pulau Pinang, ini merupakan satu tuduhan tidak berasas dan amat serius dan wajar disiasat mengikut lunas undang-undang.




Kami juga mahu pihak Polis mengambil tindakan tegas dan professional serta tidak mengamalkan sikap ‘Double Standard’ kepada penganjur perhimpunan haram itu, kerana ianya jelas menggugat ketenteraman awam dan menimbulkan perasaan takut kepada masyarakat Pulau Pinang umumnya dan peniaga-peniaga dan masyarakat yang tinggal disekitar Bangunan DUN khasnya.




Liputan Media yang meluas juga telah mencalarkan imej Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang selama ini telah bersikap adil kepada seluruh Rakyat Pulau Pinang selama Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah.




Disini ingin saya tegaskan bahawa laporan Polis yang telah dibuat adalah untuk Pihak Polis mengambil tindakan sewajarnya kepada PENGANJUR perhimpunan haram tersebut dan bukanlah untuk memaksa pihak Polis bertindak terhadap peserta-peserta perhimpunan haram tersebut.




Amir Bin Haji Ghazali
Ketua Angkatan Muda KEADILAN
Pulau Pinang.

No comments: