Semangat Bi-Partisan diperlukan untuk menjayakan Pelan Imunisasi Kebangsaan Covid-19*

 *Media Release*


*Semangat Bi-Partisan diperlukan untuk menjayakan Pelan Imunisasi Kebangsaan Covid-19* 


Pakatan Harapan telah menubuhkan satu Jawatankuasa bernama Pakatan Harapan Immunisation Taskforce yang dipengerusikan oleh saya, Dr Dzulkefly Ahmad (Bekas Menteri Kesihatan), dan dianggotai oleh wakil tiga-tiga parti dan semua Exco Kesihatan negeri-negeri Kerajaan Pakatan Harapan. 


Tujuan penubuhan Taskforce Vaksin ini adalah seperti berikut:

1. Membantu menyakinkan dan menjayakan Program Imunisasi COVID-19 oleh kerajaan, samada kerajaan negeri Pakatan Harapan mahupun Kerajaan Pusat dengan semangat bi-partisan.

2. Mengembleng tenaga semua wakil-wakil rakyat Pakatan Harapan membantu dalam  Komunikasi Strategik tentang manfaat vaksin COVID-19, membenteras fahaman anti-vaksin dan koordinasi perlaksanaan imunisasi di kawasan Parlimen dan DUN masing-masing.

3. Melibat urus dengan pakar perubatan, golongan berkepentingan (stakeholders) dan NGO dengan kaedah "whole society approach" dalam memantau dan menjayakan perlaksanaan Pelan Imunisasi Kebangsaan Covid-19. 


Pakatan Harapan mengenali kesukaran dan kesulitan mengendalikan Program Imunisasi secara menyeluruh dalam masa yang singkat. Kejayaan atau kegagalan program imunisasi  akan menentukan kesihatan rakyat, keupayaan kapasiti kesihatan  dan pemulihan ekonomi negara. 


Demi kepentingan rakyat dan masa depan negara, Pakatan Harapan ingin melangkau jurang politik untuk bekerjasama dengan kerajaan. Kami berharap langkah ini akan menyakinkan rakyat dalam menerima immunisasi. 


Kami juga ingin menyeru Kerajaan Pusat dengan semangat bi-partisan melibatkan wakil-wakil Pakatan Harapan dalam Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV). Penglibatan wakil PH dalam JKJAV akan menghantar mesej kepada rakyat bahawa Pelan Imunisasi Kebangsaan melangkau politik dan mendapat sokongan seluruh negara. 


Anggota Pakatan Harapan Immunisation Taskforce termasuk YB Dr Lee Boon Chye (Bekas Timbalan Menteri Kesihatan), YB Dr Kelvin Yii (Bandar Kuching), YB Dr Mohd Hatta Ramli (Lumut), YB Sim Tze Tzin (Bayan Baru), YB Dr Ong Kian Ming (Bangi), YB Dr Siti Mariah Mahmud (Exco Kesihatan Selangor), YB Dr Norlela Ariffin (Exco Kesihatan Pulau Pinang), YB Veerapan (Exco Kesihatan Negeri Sembilan). 


Sekian Terima Kasih. 


YB Dr Dzulkefly Ahmad

Pengerusi,

Pakatan Harapan

Immunisation Task Force.

29 January 2021.



No comments: