Aku sebenarnya nak berehat daripada menulis di FB sekejap. Nak lapangkan fikirkan. Tapi masih lagi baca berita semasa.
Hari ini aku terbaca berita ini. Rasa nak marah. Tapi bila fikir balik, rasa kelakar.
Oklah kalau DAP nak keluar daripada PH. Aku pun rasa itu langkah
terbaik
. Selama ini DAP yang jadi penghalang PH menawan undi orang Melayu.Kalau DAP jalan sendiri, ia cukup melegakan kami. Lebih mudah sebenarnya nak berkempen. Tiada lagi mulut celupar yang buat kenyataan tanpa guna otak macam pemimpin DAP selalu buat.
Tapi kalau DS Anwar berundur, aku rasa aku pun akan hilang minat dengan politik Malaysia.
Bukan sebab aku taksub kepada DS Anwar. Tapi aku tak yakin ada pemimpin lain yang boleh pimpin rakyat menentang BN.
Nak harap pemimpin DAP? Kerjanya cuma cetus kontroversi. Nak harapkan apa? Pembangkang nampak kuat selama ini kerana DS Anwar.
Tapi lepas dah merasa jadi kerajaan 22 bulan, masing-masing dah lupa daratan. It's ok. DS Anwar pun tak rugi apa kalau berundur.
Makin lama DAP makin jadi api dalam sekam. Bagi aku, kalau DAP nak hulur salam permusuhan, kecil tapak tangan, Padang Merbok aku tadahkan.
Kalau pemimpin utama DAP tak beri amaran untuk sedarkan 2 pemimpin mudanya yang terlajak petah berkata-kata, maka kita boleh bermusuhan. No hal.
So? Bila nak mula?