KALAH SEBAB PENTINGKAN DIRI SENDIRI ?

 

HAMZAH RIE NA


Kenapa kalah teruk Keadilan? Ini terjadi pencatur dalaman mencatur utk kuatkan gawang masing2 bukan nak kuatkan gawang parti.

Nak letak calun Tak bincang, nak buat perkara besar harus bermusyawarah dahulu. Bukan dah buat keputusan baru bagi tahu ahli2 akar umbi. Itu memerintah dan memerah tenaga ahli2 tanpa ehsan namanya.
Bila kepentingan peribadi melebihi kepentingan parti dan ahli2 keseluruhannya, maka kepincangan akan terjadi.
Kenapa zaman reformasi dahulu banyak kejayaan boleh dicipta? Tanpa medsos, tanpa kemudahan hp, tanpa team media canggih manggih tetapi berita sampai kpd seluruh ahli akar umbi?
Ribuan boleh turun dijalanan dgn ketepatan masa Dan waktu diketika itu, ini kerana kita saling berbincang, saling berkomunikasi, saling bermusyawarah dan agenda parti diberi keutamaan.
Saya tetap mengatakan ego, kesombongan, angkuh dan rasa diri
hebat
dari orang lain meruyupkan agenda reformasi dan agenda parti.
Pemimpin2 atasan, para pengerusi, para ketua, para exco dan para ketua kumpulan. Jangan sombong dgn ahli akar umbi, belajar memberi senyuman, salam dan belajar menghormati kami hasilnya jawatan yg kalian buru itu menjadi milik kalian.
Jangan sesekali MEMBANGSATKAN GRASS ROOT! YOU'RE NOTHING WITHOUT US!

DSAI akan relevant kepimpinan beliau sehingga bila2. Ini kerana dia memikirkan hal2 rakyat.
Adakah seorang yg memperjuangkan keadilan utk rakyat akan tidak relevant ideanya?
Lihat sahaja pejuang2 terdahulu yg mati ditangan British Dan Belanda. Mereka menjadi sejarah, dibukukan dan ditelaah cerita2 mereka sehingga kini.
Pemimpin2 dunia yg mati dikhianati kerana mempertahankan rakyat, jasa mereka disebut sebut.
DSAI tiada,jasanya akan selalu ada,roh perjuangan akan selalu hidup didalam jiwa2 yg bencikan penindasan dan kezaliman.
DSAI akan menjadi sejarah yg terbilang dan terunggul.
Aku nak apple polishing? Apa aku dapat? Tidak ada apa2,aku sejenis makhluk yg Allah cipta akan berkata benar dan tidak takut dipinggir oleh mana kabilah,kaldai,para penjilat dan para talam bermuka muka.

No comments: