KESEPAKATAN YANG PERLU DIJAGA UTUH. SINGKIRKAN YANG ANGKUH


Pakatan Harapan – PARTI KEADILAN RAKYAT


Kesepakatan antara PH yg punyai Keadilan, Amanah & Parti Tindakan Demokratik perlu di jaga utuh. Bukan di robek, di carik demi kepentingan sesuatu pihak.

Kami bukan fanatik kpd sdra Anwar. Perjalanan politiknya itu ada inti yg ramai masih lg perlu pelajari. Hatta sekiranya sdra Md Sabu di sentuh pun tetap kami pertahankan apatah lg sdra LGE. Selagimana perjalanannya masih betul, selagi itu kami kan menyebelahi. Teguran kpd setiap pimpinan parti, bukanlah terasing mendiri.
Pilihan kami, di kaki PH. Hal politik parti lain itu yg di luar PH itu, nak kata majunke hadapan pun dak. Nak mundur pun dak...dok keras membatu ja di sana. Atas alasan apa nak sokong, atas isu apa yg nak di hulurkan sokongan.
PRU15 dh hampir tiba, ranting dan cabang pun masih tidak ketemu. Dan hal ini yg merisaukan kami. Di takuti pabila dh dekat tarikhnya nanti, wujudlah sokongan kununnya ataih perpaduan dan semangat kerjasama nak benamkan lawan. Hal ini dh pernah berlaku semasa parti bunga ros tersebut sebelum PRU14. Setelah menang, pelbagai plot di rekayasa, sana tak puas...sini tak puas hati. Akhirnya terjadilah apa yg PH alami sejak langkah Sheraton dahulu.
Apakah kalian pimpinan PH tidak buleh membaca teknik sedemikian? Perlukah utk terpanggil membalas jasa demi kari kepala ikan di periuk?
Nah... dugaan itu kan mendatang tidak lama lg. Persoalannya, apakah PH sudah bersedia menerima badai ombak yg entah keberapa kalinya?
Usah PH berlengah lg, banyak lg kerja yg perlu di buat. Usah menekan brek mengejut ketika bergerak saat bekas 50 dalil itu cuba spray minyak wangi dalam membuatkan kalian terpesona.
Perbaiki, dan ambil masa bagaimana nak uruskan persepsi dan penerimaan rakyat. Masa dh tak banyak, bila2 masa saja semboyan buleh berbunyi.
Kelemahan apa yg perlu di atasi esok...itulah agendanya yg perlu di buat. Usah menoleh lg, hunuskan pandangan ke hadapan. Karya di sini sedang memberikan isyarat sesuatu, apakah mereka di pimpinan itu memahami dgn patah perkataan di sini.
Setidaknya kami dh beri imbasan awal di sini, agar kalian berpada. Jika termakan juga, eloklah hangpa dok makan aiskrim ja di rumah.

GINO MARVELA

No comments: