ANAK MUDA TINGGALKAN KITA... KENAPA?

 Skuad Risik perlu dibentuk...


Skuad Risik mesti dibentuk oleh jawatankuasa PH bagi mencari kelemahan atau penurunan mendadak sokongan rakyat kepada PH. Ini kerana kita sangat hairan sebuah parti yang baik boleh tewas kepada parti-parti yang korup.
Takkan Melayu ini bodoh sangat atau takkan la ada muda mudah diperbodohkan? Mesti ada faktor lain apatah lagi melibatkan anak muda. Takkan la anak muda tak kenal logo kita... pasti ada sebab-sebab lainnya yang kita perlu turun padang bertanya sendiri kepada golongan ini.
Semalam saya ada bicara mengenai fokus kempen kita. Saya katakan fokus kita adalah kepada pengundi muda. Sewaktu PRU14 kita memperolehi 43% undi anak muda tetapi pada PRN Melaka hanya dlm tempoh 3 tahun kita hanya tinggal 18%.
Lebih mengejutkan BN memperolehi 50% undi muda dan PN 32% undi muda. Jadi di manakah silapnya kita? Postmortem yang telus mesti dilakukan oleh 'skuad risik' PH dengan turun ke padang dengan membuat ujian kepada 1000 pengundi anak muda di Melaka.
Kita tidak mahu analisis dgn membuat andaian kononnya kerana logo, calon, calon lompat, keyakinan ke atas parti dan sebagainya. Kita mahu fakta yang jelas dan tepat.
Tanyakan mengapa mereka memilih BN atau PN dan bukan PH sebagai pilihan. Keputusan kaji selidik itu perlu dimaklumkan segera. Ini kerana kita sgt terkejut apabila anak muda yang memenangkan PH pada PRU14, bagaimana boleh beralih arah secara mendadak.
Langkah segera perlu diambil selepas mendapat maklum balas tersebut. Ini kerana keputusan PRN Melaka sgt sesuai untuk postmortem menjelang PRU15 nanti kerana demografi penduduknya.