PM bertakbir raya Aidiladha bersama kariah di Sg Long

 



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi bertakbir Hari Raya Aidiladha bersama kariah di Masjid Taman Rakan Sungai Long, Kajang berdekatan kediaman keluarga beliau.


Takbir hari raya itu dirakamkan oleh RTM 1 dan turut disiarkan di media sosial.


"Alhamdulillah saya berkesempatan menyertai majlis takbir raya sempena Hari Raya Aidiladha yang disambut esok.


"Bacaan takbir raya dipimpin Imam Masjid Taman Rakan Sungai Long, Tuan Haji Mohd Zamzuri Abu Othman dan disertai ahli jawatankuasa, jemaah masjid dan penduduk setempat," katanya.


PM mengucapkan selamat Hari Raya Aidiladha kepada umat Islam Malaysia yang akan menjalani ibadah korban mulai hari ini sehingga Ahad nanti.


"Moga kehadiran Hari Raya Aidiladha ini membawa seribu keberkatan untuk kita semua," katanya lagi.

No comments: