BAGUSLAH BILA DAH AKTIF- JANGAN BILA DEKAT PEMILIHAN PARTI ATAU NAK PILIHANRAYA MUNCUL. PIMPINAN LAIN YANG KECIK KECIK BERAMAI RAMAI BELUM MUNCUL LAGI

 









TAHNIAH !! KEPIMPINAN MULAI AKTIF DI ROOM TIK TOK

Malam tadi, saya ikuti ruangan sembang santai di Live Room Tik Tok Cik Yanie. Tetamu istimewa yang dibawa ke dalam petak sembang adalah anak sulung PMX iaitu Puan Nurul Izzah Anwar. Sebelum beliau, room ini pernah membawa masuk MB Selangor, MB N.Sembilan, YB Fahmi, YB Adam Adli , YB Fuziah Salleh dan beberapa tokoh lain termasuk penggiat seni seperti pelakun Farid Kamil, Zunar dan mungkin ada lagi yang mungkin saya terlupa.

Apa yang menariknya, berbeza sebelum PRU15, kelihatannya pimpinan PH tidak lagi memandang ringan pengaruh media sosial. Mereka terpaksa akur dan terima hakikat bahawa fitnah dan propaganda jahat yang dimainkan oleh puak pengkhianat dan PN seperti mendakwa jika Anwar jadi PM, negara ini akan membenarkan amalan LGBT, membenarkan kristianisasi berlaku, Dap akan berkuasa, Islam dan melayu terancam, pelajar lelaki berseluar pendek dan pelajar wanita kembali pakai skirt dan berbagai fitnah jahat lagi, semua ini tidak akan efisyen tanpa media sosial termasuk Tik Tok.

Malam tadi, gelagat Nurul Izzah yang kelakar dan sporting telah menarik minat lebih 5K tontonan dan lebih 3J "like' meskipun beliau hanya punyai masa satu jam bersama kami. Beliau ditanya berbagai soalan tentang rakyat dan juga politik semasa. Jawapan penuh fakta dan serius, diselangseli dengan aksi lucu wanita yang pernah dinobatkan sebagai "Puteri Reformasi" ini, menjadikan room Tik Tok Cik Yanie kekal menambat lebih 5K tontonan sehingga tamat.

Saya berpandangan bahawa setiap pimpinan parti di semua peringkat harus bersama di medan yang agak baru ini. Ada segelintir tokoh yang mereka sendiri malas untuk mengadakan live sendiri, tetapi sombong pula bila dijemput bersama di dalam room orang lain. Mungkin terasa

hebat

gamaknya tanpa kami di bawah.

Apa pun, tahniah kepada Nurul Izzah yang sudi berkongsi pandangan serta pimpinan-pimpinan dan tokoh-tokoh lain yang masih mengiktiraf kami sebagai senjata penting untuk mempertahankan kerajaan perpaduan ini. Syabas buat Cik Yanie serta Tim beliau yang tidak pernah jemu memberikan penerangan disamping menangkis serangan musuh di alam maya media sosial, begitu juga beberapa rakan media sosial yang lain.

Semoga usaha kita bersama diberkati, InsyaAllah.

"JANGAN BICARA SOAL PERJUANGAN, JIKA BERFIKIR TENTANG DANA"

WFAUZDIN NS