Kerjasama antara PH dan BN memang betul-betul menggugat PN. Dalam PRU15, PN jadikan UMNO sebagai pengacau untuk kalahkan PH. Tapi kini, PH dan BN masuk PRN bersama. Jika undi PH pergi BN dan undi BN pergi ke PH, maka PN akan lebur.
PN tahu ini mesti dihentikan. Jadi, mereka mulakan dengan menghasut agar BN tinggalkan PH. Sebab itu ada pemimpin, baik dari BN mahupun dari PH, yang giat keluarkan kenyataan yang mengguriskan hati parti lain dalam Kerajaan Perpaduan.
Tapi nampaknya usaha ini gagal. Tidak mendapat sambutan pun sama ada daripada pucuk pimpinan mahupun dari kalangan ahli akar umbi sendiri. Jadi ada pula pemimpin yang cuba memujuk UMNO agar bersama PN. Namun ini pun tak berjaya juga.
Akhir sekali, mereka terpaksa pecahkan undi PH. Alihkan undi PH/BN ke parti lain. Tapi parti yang mana? Tak ada pilihan. Zahid dan UMNO tak mahu tinggalkan Kerajaan Perpaduan. Begitu juga GPS. Yang tinggal kini hanyalah parti Muda.
Muda parti yang lemah. Jadi kena ada strategi agar Muda mampu curi undi PH/BN. Caranya? Bermula dengan Syed Saddiq serang kerajaan melalui isu LCS. Walaupun isu itu dijawab dengan tenang dan lengkap, tapi Syed Saddiq tolak kebenaran. Kenapa?
Kerana dia nak wujudkan persepsi yang kononnya PH lari dari perjuangan. Kemudian dia akan buat seolah macam memberontak dan bergerak solo. Tujuannya cuma satu. Dia nak tunjuk konon hanya Muda yang masih ada integriti. Jadi bolehlah dia alih sokongan rakyat daripada PH kepada partinya.
Jelaslah ini usaha terdesak sebab Muda bukanlah parti yang ada akar umbi. Matlamat pun tak jelas, macamana nak pecahkan undi PH? MP dan ADUN Muda pun tak perform. Syed Saddiq pun tahu hal ini tapi apa lagi usaha yang boleh dia dan PN lakukan?
Mahu tak mahu, suka tak suka, PH mesti dikalahkan dan ini saja cara yang mereka boleh fikirkan. Kalau tak banyak, dapat curi undi sedikit pun jadilah. Dengan harapan isu 3R yang terus dimainkan PN dapat menambah sokongan rakyat kepada mereka.
Begitulah. Nampaknya semua dah dirancang teliti. Memang mereka nak jadikan PRN 6 negeri sebagai pukulan TKO terhadap PH. Kalau PH kalah di enam negeri ini, mungkin akan ada MP yang tarik balik sokongan biarpun bakal kehilangan kerusi.
Apa salahnya hilang kerusi kalau habuannya besar? Kan? Pemberi habuan juga sanggup bayar asalkan tak perlu masuk penjara. PRN 6 negeri ini akan jadi jalan terakhir untuk mereka buktikan kepada MP UMNO yang pro-PN berbaloi untuk melawan Zahid.
Tapi aku rasanya usaha ini takkan berjaya. Gaya DS Anwar yang tenang buat aku percaya ada sesuatu yang DS Anwar rancang untuk berhadapan dengan strategi gila mereka ini. Kita tunggu sajalah waktu kempen nanti. Ini hanyalah pendapat peribadi aku berdasarkan observasi sendiri. Guane boh?
Raja Gelap
.