Walaupun dikutuk GPS sering hilang wang deposit, Pas tetap berhasrat nak bertanding di Sarawak

 Walaupun dikutuk GPS sering hilang wang deposit, Pas tetap berhasrat nak bertanding di Sarawak



Pas Sarawak menyatakan hasrat untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang bakal berlangsung pada 18 Disember nanti.

Namun Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah memaklumkan, pucuk pimpinan belum memutuskan lagi sama ada menyertai PRN Sarawak atau sebaliknya.

“Pas setakat ini ada cadangan supaya kita bertanding cuma di peringkat pusat belum ada keputusan rasmi.

“Tetapi ada cadangan dan permintaan dari Pas Sarawak untuk bertanding beberapa kerusi, Presiden telah mengarahkan ada individu untuk berbincang dengan Pas Sarawak dan pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) apa kaedah terbaik untuk menyertainya,” katanya.

Mohd Amar berkata demikian kepada Astro AWANI bagi mengulas pengesahan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang tidak menyertai PRN Sarawak.

Jelas Mohd Amar, pimpinan Pas pusat akan mengadakan mesyuarat bersama dengan pimpinan Pas Sarawak dan GPS berhubung perkara tersebut.

Mada Muktamar lepas, perwakilan Sarawak menyatakan hasrat serta meminta persetujuan pimpinan untuk menyertai PRN berkenaan dengan sekurang-kurangnya bertanding di lapan kerusi, Dewan Undangan Negeri (DUN).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh 6 Disember sebagai hari penamaan calon manakala 14 Disember sebagai tarikh pengundian awal.


No comments: