Siri Kembali Kepada Rakyat. PRU15 Menentukan Nilai Murni Keadilan dan Kesaksamaan Anak Semua Bangsa. - yassinsalleh.

 

Siri Kembali Kepada Rakyat. PRU15 Menentukan Nilai Murni Keadilan dan Kesaksamaan Anak Semua Bangsa. - yassinsalleh.


May be an image of text that says "Kembali kepada kuasa rakyat PRU15 MENENTUKAN Nilai Murni Keadilan dan Kesaksamaan Anak Semua Bangsa Esok masihkah kita Ikan Ikan Di Kaca"


Dan Si Luncai,,
Masih Juakah Belum Lagi Mahu Terjun?
Sudah begini negara berada dalam libang libu limbo rock
yang sepatutnya bersuara para seniman setiap genre,
yang sepatutnya bersuara para sasterawan setiap aras,
yang sepatutnya bersuara para cendekiawan di awan tinggi
yang sepatutnya bersuara para profesor menara gading;
tetapinya masih jua memilih untuk jadi 3 monyet
tak nampak- tak dengar -tak bersuara
‘comfort zone snugglers’
Kenapakah demikian bunyi sunyi kalian.
'Playing it safe? Oh ya Main Selamat
dengan orgasme onani 'comfort zone'.
Dan bernyanyianlah Si Luncai,
"Lenggang, lenggang, lengganglah
lenggang kangkung di tepi jamban.”
Dan menantilah siang ke malam petang ke padi
dilempar remah dapatlah bagi makan anak bini
ditabur viagra dapatlah nyondol di belakang mati
bagai babi bagai labi-labi bagai biawak songkok tuli
dari pagi ke petang dari senja ke subuh dari jaga ke mereloh
bergoyang sendiri di tiang seri menunggu bintang jatuh
menatah nisan di kuburan meratah bangkai bercicah budu
(baca bur _t & duit)
Dan Si Luncai
masih juakah belum lagi mahu terjun?
yassinsalleh
29.05.2020
(Edited 29.11.2021)
Galeri Ikan Ikan Di Kaca
Hak Cipta © 2020 yassinsalleh
Semua Hak Terpelihara.

No comments: