Calon KEADILAN bagi kerusi Dewan
Undangan Negeri (DUN) Matunggong, Sazalye Donol Abdullah terus giat berkempen
pada hari terakhir di Kota Marudu, Sabah.
Kempen beliau dikuatkan dengan
kehadiran Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang
sentiasa berdampingan dengan calon sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN)
Sabah.
Aminuddin juga ditemani oleh ADUN Sri
Tanjung, M Ravi bersama seluruh jentera KEADILAN Negeri Sembilan.
Kempen hari ini bermula dengan
pertemuan bersama pengundi di Terongkongan Darat.
Sazalye kemudian mengadakan
pertemuan dengan seluruh ketua adat dan ketua kampung di DUN Matunggong.
Aminuddin juga sempat memberi amanat
terakhir kepada Sazalye sebelum hari mengundi esok.
"Pastikan KEADILAN dan Warisan
Plus menang, selamat menyumbang kepada kemenangan Sabah," katanya.
DUN Matunggong merupakan salah satu
kerusi yang mempunyai potensi besar untuk dimenangi KEADILAN kerana terdapat
pertembungan antara Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).
Seramai 17,111 pengundi berdaftar di DUN Matunggong dengan
10,579 pengundi berasal dari etnik Rungus.