Masa untuk bersatu, jangan lagi tuduh khianat PH
Ipohmali
Membaca kenyataan rasmi Amanah, dan laporan media dan kenyataan pemimpin DAP jelas lah mereka mengambil maklum, ini bermakna mereka tidak maklum tentang rancangan Ds Anwar.. Tetapi mereka menyokong apa saja Usaha untuk dapatkan kembali mandat rakyat.. Biar dari mana pun jalannya…
Tidak pula kita kata Anwar Khianat kerana bertindak sendirian sepertimana Amanah dan DAP pernah dituduh bertindak sendirian seperti kata sebahagian penyokong PKR…
Mereka yang kata pemimpin Amanah dan DAP menumpang itu sedangkan depa sendiri tidak realistik, Sedangkan Sokongan Ds Anwar itu datang dari komponen PH dari 91 kerusi tu, 53 Kerusi itu datang dari Amanah dan DAP juga..
Mana datang 123 Kerusi tanpa 53 kerusi Amanah dan DAP…Apakah mereka Khianat tidak DSAI.. tidak.. Depa tetap Sokong.. bukankah dari SD 53 Orang itu juga jadi asas sokongan depa pada Ds Anwar Ibrahim.. PKR hanya mewakili 38 Kerusi… Kalau Syarikat depa memegang lebih 60% saham dalam PH..
Depa ni yang hangpa tuduh Khianat dulu bersama Tun Mahathir sedangkan matlamat depa mengembalikan Kerajaan dan mandat rakyat, Dulu korang kata ini bukan masa untuk tukar kerajaan ,Tumpu masalah Rakyat.. Tiba tiba ditengah pandemik dan PRN Sabah..Ds Anwar umum jatuhkan Kerajaan tebuk atap.. tidak ada bezapun..
cuma kecenderungan kepada pemimpin dan parti Politik..dulu depa dituduh Khianat..dan dituduh tak sabar nak kan jawatan…lagi teruk ada tuduh nak tutup kes.. seperti depa percayai mat sabu dan LGE rasuah.. Tu sebab aku sebut semalam, Kestiaan DAP dan Mat sabu kepada Ds Anwar itu lebih aku percaya..sejarah depa panjang..depa tersingkir dari PAS sebab DSAI..
Itulah yang dikatakan Lim Guan Eng sebelum ini..Jika Ds Anwar Boleh dapatkan Sokongan, Ds Anwar adalah pilihan utama, Jika tidak mereka boleh menerima option lain seperti Shafie..Bagi aku.. aku pun takda rasa salah kenyataa LGE tu, Janji Kerajaan dan mandat rakyat di Kembalikan.. Takda kaitan dengan setiakawan..
tu lambang politik matang dari Amanah. Kalau dalam ilmu Fiqh dipanggil keluasan Fiqh atau Talfiq Mazhab, janji masih berpegang atas prinsip.. Iaitu menentang Kleptorat…
Langkah DSAI Anwar.. Mungkin ada yang setuju atau tidak, Sama seperti PKR tidak setuju Amanah dan DAP bersama Tun dan Shafie Afdhal.. Perbezaan pandangan itu biasa…tapi kami tak kata DS Anwar Khianat seperti mana ramai dari penyokong PKR menuduh Amanah Khianat..
Apa beza berunding dengan Tun Mahathir dan Shafie, dan berunding dengan MP UMNO dan Zahid hamidi..tidak ada beza.. jadi raikan perbezaan pandangan dan pendekatan.. Janji matlamat mendapatkan kembali Mandat rakyat tercapai..dan Prinsip menolak Kleptokrat dicapai dalam membina Malaysia baru…
Aku tulis ni jangan kata aku tak Sokong DSAI..Aku sokong apa saja usaha DSAI… Depa ni bukan boleh, Kritik sikit dituduh pentaksub Tun, pembenci Ds Anwar.. Soal kritikan dalam Politik itu biasa… biarpun aku berbeza pandangan.. aku tak guna istilah kotor seperti Tokong, Mat Serabut, pantuk , Pengkhianat, Saka seperti walaun PAS dulu membenci Ds Anwar…. 🙂