Shafie Apdal tak mungkin kalah, Warisan Plus tak mustahil menang bergaya

 

Oleh Nor Miswary Ramli

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal telah menunjukkan jalan keluar kepada gerombolan Musa Aman yang cuba mengambil alih Kerajaan Sabah apabila beliau tanpa ragu-ragu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bulan Julai lepas.

Selepas tumbangnya beberapa kerajaan negeri di Johor, Melaka, Perak dan Kedah maka dengan modus operandi yang sama, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin menjangkakan mereka punyai laluan mudah seperti itu di Sabah.

Shafie Apdal telah beberapa kali mengulangi betapa rakyat Sabah tidak perlukan mereka dari Kuala Lumpur untuk menentukan kepimpinan di Sabah.

Tegas beliau, rakyat Sabah-lah yang berhak sepenuhnya memilih pemerintah di Sabah.

Mesej beliau ini juga menjelaskan bagaimana corak kepimpinan yang mahu dipersembahkan kepada rakyat Sabah oleh pemimpin Sabah sendiri sekiranya Warisan Plus memperolehi mandat.

Saya kira Abah dan ‘kaum kerabatnya’ yang datang dari Kuala Lumpur sudah sepatutnya telah dapat mengenal pasti mengapa beliau dan kerajaan pimpinannya temui jalan buntu bagaimana untuk menandingi Shafie Apdal.

Shafie Apdal tak mungkin kalah dengan imej “Abah” dari Kuala Lumpur yang telah tewas pusingan pertama melalui langkah khianat proksinya, Musa Aman dan Warisan Plus tak mustahil menang bergaya berdepan PN dan GRS yang masih keliru siapa bakal Ketua Menteri pilihan mereka.

No comments: