RAKYAT MENANTI SINAR BARU


Saya menerima gambar-gambar ini melalui grup WhatsApp yang menyatakan Cabang Keadilan Kota Raja telah mengadakan Solat hajat bagi mempermudahkan urusan DSAI untuk diangkat sebagai PM. Turut serta menyertai solat hajat ini adalah para pendokong GERAK98 Kota Raja.

Alhamdulillah, Allah adalah tempat kita mengadu. Kita dikhianati dan dianiayai oleh para pengkhianat yang tidak berhati perut yang telah merampas mandat rakyat. Anwar bertanggungjawab berusaha untuk mendapatkan kembali hak rakyat ini begitu juga dengan pimpinan PH dari Amanah dan Dap, kecuali si tua saka yang sekarang ini bergembira kerana berjaya gagalkan kemaraan Anwar sebagai PM selepas beliau seperti yang dijanjikan.

Anwar merasakan satu dosa besar jika berterusan membiarkan pengkhianat ini merayakan hasil rompakan mereka dengan menjamu rakyat bagi melalaikan rakyat tentang dosa besar mereka. Atas sebab itulah, Anwar berusaha semampunya bagi mengembalikan semula mandat itu.

Kita mendoakan agar Allah permudahkan urusan pimpinan PH dan pecahbelahkan sesama mereka d kalangan pengkhianat itu.

Ameen.

WFAUZDIN NS


No comments: