TIGA RIBU PENGUNDI AWAL (TENTERA) WAJAR MEMILIH CALON WARISAN DARI AMANAH DI N24 TANJUNG KERAMAT, SDR ROSDY WASLI

 

Dun N24 Tanjung Keramat adalah di bawah Parlimen Putatan. Di Dun ini lebih kurang 14 Ribu pengundi berdaftar layak mengundi pada PRN Sabah pada Sabtu ini. Daripada jumlah tersebut, lebih kurang tiga ribu adalah pengundi2 awal di kalangan warga tentera.

Calon yang mewakili Warisan yang bertanding di Dun Tanjung Keramat ini adalah Sdr Rosdy bin Wasli dari parti Amanah iaitu seorang tokoh berusia 45 tahun, matang, bertenaga serta berkelulusan universiti. Ini terbukti dengan penglibatannya di dalam banyak persatuan terutamanya di bidang sukan. Beliau dari parti Amanah, sudah tentunya memiliki ciri2 akhlak dan moral yang baik sebagai seorang pemimpin.

Saya sebagai bekas tentera, menyeru rakan2 khususnya warga tentera di Dun Tanjung Keramat untuk memberikan kepercayaan kepada Sdr Rosdy Wasli agar beliau boleh berperanan lebih besar di dalam Dun Sabah nanti apatah lagi di bawah kerajaan Warisan Sabah. Saudara semua terutamanya yang telah lama berkhidmat di Tanjung Keramat sudah pasti boleh menilai dan membuat perbandingan di antara kerajaan terdahulu berbanding kerajaan Warisan meskipun kerajaan di bawah Shafie Apdal ini belum pun masak sepenuhnya, tetapi berjaya menampilkan pentadbiran yang bersih dan telus. Kerajaan yang cuba dijatuhkan dengan cara jijik ini sewajarnya dihukum oleh warga tentera di sini.

Sdr Rosdy Wasli begitu menghormati anggota pasukan keselamatan dan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyinggung kita semua samada warga tentera, polis atau pesara2 tentera. Adalah tidak adil sekiranya kita menghukum beliau hanya kerana terdapat ketelanjuran kata2 yang mengguris hati dan perasaan kita yang dikeluarkan oleh pihak lain di mana kenyataan itu turut dibantah oleh calon Warisan di sini iaitu Sdr Rosdy. Ketegasan Sdr Rosdy di dalam membantah kenyataan dari Mohamadin Ketapi baru2 ini membuktikan beliau bersedia untuk membela maruah warga tentera. Pemimpin Warisan, Shafie Apdal sendiri secara tegas menegur perbuatan tersebut dan meminta maaf di atas ketelanjuran beliau.

Saya percaya, teman2 warga tentera tidak akan terpengaruh dengan propaganda atau hasutan dari pihak tertentu. InsyaAllah, perubahan kerajaan di peringkat Pusat tidak beberapa lama lagi akan memberi manafaat kepada Sabah khususnya di Dun Tanjung Keramat itu sendiri di mana kerajaan Warisan Sabah yang bakal terbentuk selepas 26 September ini adalah kerajaan negeri yang akan bekerjasama dengan kerajaan PH di peringkat Pusat setelah PH berjaya mengembalikan semula mandat rakyat.

Semoga teman2 dapat membuat pilihan yang bijak pada hari pengundian nanti. Undilah calon Warisan, Sdr Rosdy Wasly.

WFAUZDIN NS.