‘Baju Koyak Takpa, Jangan…’ – PM Anwar

 


Tangkap layar lengan baju batik dipakai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terkoyak yang dikongsikan di Facebook Reels pada 13 Jun 2026.

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Perkongsian video Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Facebook Reels mencuri perhatian ramai apabila netizen lebih tertumpu kepada bahagian lengan bajunya yang kelihatan terkoyak ketika beliau menyampaikan mesej kepada rakyat.

Rata-rata pengguna media sosial tidak melepaskan peluang berseloroh di ruangan komen, malah ada yang cuba meneka punca keadaan tersebut.

“Ni la baju yang di ulang-ulang guna pakai.. Walhal beliau seorang Perdana Menteri.. tiada LV, tiada Versace.. Semoga Allah swt memberkati,” tulis Mohd Hasni Izuwan.

“Why (kenapa) Datuk Seri? Tersangkut kat pintu ka?” soal Jannatul Firdaus.

“Tak salah pakai baju koyak. Itu menunjukkan sifat rendah diri, tak pernah sombong. Terbaik DSAI,” kata Radhika Muniandy.

Turut mencuri perhatian ialah komen Crystal Len yang berseloroh sambil mendoakan kesejahteraan Perdana Menteri.

“Jangan hati cepat koyak DSAI. Semoga Tuhan memberkati,” tulisnya.

Tinjauan di ruangan komen mendapati kebanyakan netizen mengambil pendekatan santai terhadap perkara itu dengan ada yang menganggap ia sekadar perkara biasa dan tidak menjejaskan mesej yang ingin disampaikan Anwar menerusi video berkenaan.



No comments: