KEADILAN Bertanding 20 Kerusi Di Johor, 16 Di Negeri Sembilan

 


Dr Fuziah Salleh hadir pada program Badminton MADANI di Kuantan pada 14 Jun 2026. Foto Fuziah Salleh

KUANTAN, 14 Jun – KEADILAN dijangka bertanding di sekurang-kurangnya 20 kerusi di Johor dan 16 kerusi di Negeri Sembilan pada pilihan raya negeri masing-masing.

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, semua rundingan pembahagian kerusi antara parti komponen Pakatan Harapan (PH) telah dimuktamadkan dan diselesaikan dalam suasana yang baik.

“Saya difahamkan jumlah terkini kerusi yang akan ditandingi KEADILAN di Negeri Sembilan ialah 16, manakala jumlah minimum di Johor ialah 20, semuanya telah selesai (rundingan),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan rangkaian pasar raya terkemuka di Bandar Kuantan Putri, di sini hari ini.

Dr Fuziah Salleh hadir pada program Badminton MADANI di Kuantan pada 14 Jun 2026. Foto Fuziah Salleh

Beliau mengulas mengenai jumlah kerusi yang akan ditandingi KEADILAN pada pilihan raya negeri Johor dan Negeri Sembilan akan datang.

PH sebelum ini mengumumkan akan bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dan 36 kerusi DUN Negeri Sembilan.

Sementara itu, Fuziah berkata beliau menjangkakan peratusan keluar mengundi pada pilihan raya negeri Johor akan meningkat berbanding sebelum ini yang diadakan ketika negara masih berdepan pandemik COVID-19.

Dr Fuziah Salleh hadir pada program Badminton MADANI di Kuantan pada 14 Jun 2026. Foto Fuziah Salleh

“Pengundi yang bekerja di Singapura tidak pulang mengundi pada 2022 kerana kebimbangan berkaitan kesihatan dan saya yakin peratusan keluar mengundi akan lebih tinggi kali ini, yang akan memihak kepada PH,” katanya.

Mengenai kemunculan Parti Bersama Malaysia dan Parti Wawasan Negara, Fuziah berkata Malaysia telah lama didominasi oleh satu gabungan politik sebelum corak itu mula berubah selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2008.



No comments: