Dari mana datangnya Parti Wawasan Negara?

 


CnP



Dari mana datangnya Parti Wawasan Negara? 



Tahun 2026 baru separuh jalan, tapi drama p0litik negara kita selalu buat kita terhibur. 


Benda ni nampak macam kebetulan, tapi caturannya memang tajam. 

... 


#Ceritera1 


1 Januari 2026 - Permulaan Gelombang


Semuanya bermula dengan sunyi bila Tan Sri Muhyiddin Yassin ambil keputusan berundur dari jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN).


Benda terus panas di media, tapi ini adalah percikan pertama sebelum api marak.

... 


#Ceritera2 


12 hingga 13 Februari 2026 - Operasi Pembersihan BERSATU


Tiba-tiba, BERSATU Johor hantar memorandum mendesak Datuk Seri Hamzah Zainudin dip3cat.


Alasannya?


Langkah beliau dikatakan bawa kesan buruk untuk persiapan PRU-16.


Esoknya, terus berlaku gempa bumi p0litik. 


BERSATU ambil tindakan drastik membu4ng keahlian Hamzah dan Wan Ahmad Fayhsal. 


Bukan mereka berdua sahaja, tapi keseluruhan 17 pemimpin dan Ahli Parlimen BERSATU termasuk nama besar macam Wan Saiful dan Saifuddin Abdullah digugurkan.


Alasan rasmi, langgar perlembagaan parti.

... 

... 


#Ceritera3 


14 Februari 2026 - Langkah PAUM


DS Hamzah Zainudin bukan jenis yang duduk diam bila diperlakukan begitu. 


Beliau kumpulkan 19 Ahli Parlimen di Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM), Universiti Malaya.


Di sana, beliau isytihar dirinya sebagai bebas sekarang, tak nak buat sebarang rayuan,


dan paling klimaks, telah umumkan TS Muhyiddin Yasin penentang nombor satu beliau.


Per4ng terbuka antara 2 tokoh dari BERSATU bermula. 

... 

... 


#Ceritera4 


22 Februari 2026 - Rombakan Besar PN


Bila keadaan dah makin panas, PN buat Mesyuarat Luar Biasa di Pejabat PAS.


Dua keputusan besar keluar:


✅Pertama, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri diangkat sebagai Pengerusi PN yang baharu ganti Muhyiddin.

... 


✅Kedua, jawatan Ketua Pembangkang yang terawang-awang lepas Hamzah dip3cat, dipersetujui untuk diserah kepada PAS, iaitu DS Dr. Ahmad Samsuri juga sebab kerusi mereka paling banyak.

... 

... 


#Ceritera5 


13 Jun 2026 - Kelahiran Parti Wawasan Negara


Seperti yang ditunggu-tunggu dan dijangka oleh ramai orang, pasti DS Hamzah Zainudin akan bina parti baru sebagai wadah rasmi. 


Semasa Konvensyen Reset Malaysia bertempat di Tanah Merah, Hamzah akhirnya umum penubuhan parti baharu untuk payungi 19 Ahli Parlimen yang sama-sama dipecat. 


Namanya Parti Wawasan Negara (PWN).


Yang buat ramai tercengang, DS Hamzah dedah nama parti ini ialah ilham yang diberi daripada Tan Sri Hadi Awang sendiri. 


Menarik kan? 

... 

... 


#Ceritera6 


13 Jun 2026 - PAS Buka Pintu Untuk PWN


Semasa Konvensyen Reset juga, Tan Sri Hadi Awang buat kenyataan terbuka.


PAS sokong dan terima kemasukan PWN dalam gabungan PN.


Ayat paling dalam daripada beliau cakap mengenai BERSATU ialah...


"Kita dah pisah dengan BERSATU, terpulang pada dia nak duduk dengan kita, itu hak dialah.."


Maksud tersiratnya? 


Entahlah. Sama-sama kita fikirkan. 

... 

... 


#Ceritera7 


Landskap politik Malaysia sentiasa berubah. 


Baik dari mereka yang dalam kerajaan mahupun pembangkang. 


Cuma yang kita nampak dan pasti, BERSATU hilang banyak panglima, manakala Hamzah makin kukuh dengan payung baharu bersama PAS.


Apa nasib BERSATU selepas ini?


Adakah ini pengakhiran atau permulaan kepada gabungan baharu yang lain pula?


Cuba bagi pendapat.. 😄




No comments: