
Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim semasa majlis makan malam bersama Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Musa Aman dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Noor di Istana Seri Kinabalu, Sabah pada 13 Jun 2026. Foto PMO
KOTA KINABALU, 13 Jun – Hubungan erat serta kerjasama yang utuh antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri kekal menjadi asas penting dalam memastikan Sabah terus melangkah maju, makmur selain menikmati pembangunan lebih seimbang dan inklusif, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di media sosial, Perdana Menteri, menzahirkan keyakinan itu susulan pertemuan beliau dengan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman pada majlis makan malam di Istana Seri Kinabalu selepas selesai lawatan kerja sehari di negeri berkenaan hari ini.

“Kami bertukar pandangan mengenai pelbagai isu yang menyentuh masa depan Sabah termasuk agenda pembangunan negeri, pengukuhan ekonomi, kesejahteraan sosial serta ikhtiar mempertingkat taraf hidup rakyat,” ujar Anwar.

Semasa lawatan itu, Perdana Menteri menghadiri beberapa program termasuk Majlis Pecah Tanah Projek Sabah Southern MADANI Link (SSML) dan Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan Negara Peringkat Kebangsaan 2026.
No comments:
Post a Comment