NARATIF NEGATIF PERLU DINYAHKAN
Cerita dan desas desus mengatakan ada gerakan untuk menjatuhkan kerajaan Perpaduan adalah kisah kliese yang sengaja diada-adakan. Orang ramai tidak perlu mempercayainya sampai ikut sama viral.
Penjelasan Ismail Sabri Yaakob sangat nyata dan mengesankan. Pertemuan dikata berlaku di London itu hanya rekaan semata². Ismail Sabri kata orang mengaitkan namanya sebagai tidak takut dosa.
Awal² lagi saya sudah tepis desas desus berkenan yang ia rekayasa. Jika pertemuan itu rahsia kenapa ia jadi hebuh? Itu maknanya ia tidak berlaku. Ia suatu riverse psyichology.
Tidak pun disebut nama² sesiapa yang terbabit dalam pertemuan itu? Jangan² ia adalah ilusi bloger Mr Spain di Manchester yang mencipta modal baru untuk survive.
Kepada mereka yang bimbang kerajaan Perpaduan jatuh dan menyayanginya, usah layan naratif yang direka itu. Naratif itu perlu dinyahkan jauh².
Tugas semua orang yang sayang dan cinta peraduan yang dibentuk menerusi kerajaan kini ialah mempertahankan kerajaan dengan meletakkan kepercayaa kepada pengemudinya bersama teamnya. Jangan berlaku perselingkuhan antara kita.
Faham apa yang diterapkan Anwar Ibrahim dalam kerajaan kini. Faham nilai dan rangka perpaduan yang dilakarnya merentasi sempadan kaum, fahaman dan juga budaya. Anwar sedang membina semangat kenegaraan baru.
Anwar kini sendang membina dan memacu negara ke arah kecemerlangan melambung. Jika diibaratkan suasana kerajaan kini dalam acara lari 1000 meter berganti ganti, pelari akhirnya Anwar. Kita telah ketinggalan beberapa meter sebelum ini disebabkan tersalah beri batton. Sebagai pelari akhir Anwar akan memecut sedaya mungkin dan pengakhiran perlumbaan ini beliau jadi penentu.
Jadi kita diluar gelanggang perlu beri sokongan tepuk sorak penuh padu dan jitu. Usah jadi pesemis dengan laungan negatif yang boleh mengganggu pelarian Anwar.
Kepada Ismail Sabri kita berterima kasih atas penjelasan dan pengakuan itu. Dengan ini saya lantik beliau sebagai presiden kelab penyokong. Trims.