Panas! Dr Rafidah ‘belasah’ golongan kayangan, pasrah dengan layanan dua darjat dalam negara

 

Panas! Dr Rafidah ‘belasah’ golongan kayangan, pasrah dengan layanan dua darjat dalam negara

Kepada golongan kayangan, luangkanlah sedikit masa membaca coretan ini.

Saya pelik betul: anda tidak segan silu menjalankan aktiviti langgar SOP terang-terangan. Tidak mengapalah, mungkin begitulah perangai dan cara kehidupan. Saya sebagai rakyat marhaen tidak akan mampu memahami. Saya tidak marah; hanya sekadar kecewa. Walaupun hati tetap membara melihat peningkatan kes covid 19 depan mata.

Ya, petugas-petugas kesihatan sudah divaksin. Tapi, kami akan tetap merisikokan ahli keluarga terdekat kami. Kami mungkin selamat daripada mengalami komplikasi bila dijangkiti; tapi ahli keluarga kami semestinya tidak! Kita jauh lagi nak capai 70% populasi divaksin tapi semuanya nampak macam dah lupa SOP.

Saya tidak menyalahkan masyarakat sebab semua pun dah penat; apatah lagi menyaksikan perbezaan layanan dua darjat. Sedih dan pilu melihat perangai golongan kayangan yang sepatutnya menjadi contoh.

Susah sangat ke nak mengikut peraturan?
Susah sangat ke nak merendah diri?
Perlu ke menunjuk-nunjuk?
Merasalah jadi manusia biasa. Sekali-sekala berlakon di hadapan kamera itu tidak dikira ya.

Sebagai petugas kesiihatan, saya pasrah. Saya yakin rakan-rakan saya juga sudah pasrah. Dua darjat tidak boleh dihapus; kayangan vs marhaen. Dah sinonim dengan kehidupan kita nampaknya. Biarlah kayangan dengan dunia mereka. Yang penting kita rakyat marhaen jalan terus. Pedulikan manusia yang langsung tidak menghiraukan kita.

Jaga SOP dan vaksinkan diri,
Lindungi keluarga dan diri,
Jauhi golongan kayangan ini,
Biarlah mereka terus berada didalam belon rekaan mereka sendiri.

Dr Rafidah Abdullah
Hanya seorang rakyat marhaen.