Gempa bumi lemah di Ranau tengah malam tadi

 

(Gambar Reuters)

KOTA KINABALU: Gempa bumi lemah ketiga bulan ini berukuran 2.5 pada skala Richter dilaporkan berlaku di daerah Ranau, pada 12.02 tengah malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan memberitahu gempa bumi itu berlaku 8 kilometer timur laut dari Ranau.

Menurut kenyataan itu, gempa bumi lemah yang berlaku pada kedalaman 10 km itu mungkin menyebabkan gegaran dirasai di sekitar daerah berkenaan.

Gempa bumi lemah pertama di Ranau bulan ini berlaku pukul 11.10 malam Ahad lepas (18 April) dengan magnitud 2.8 skala Richter dan diikuti gempa bumi lemah kedua 2.7 skala Richter pada 1.05 pagi keesokan harinya (19 April).

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah ketika dihubungi berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan kecemasan berkenaan kejadian tersebut.

No comments: