SOKONG PMX 2 PENGGAL Abu Hasanah

 

SOKONG PMX 2 PENGGAL

Abu Hasanah




Tentulah sedih bila tahu Rafizi Ramli dikalahkan dengan cara penipuan terancang dalam Pemilihan PKR 2025. Kalah disusuli letak jawatan Menteri Ekonomi. Negara dan rakyat rugi besar kehilangan Menteri 'genius'. Bawah kepimpinannya dan komitmen tinggi seluruh warga KE, 80% perancangan telah berjaya dilaksanakan sepanjang tempoh 30 bulan, termasuk penyediaan Draf RMK13.


Persoalan sekarang, adakah kita mahu membiarkan PMX sepenggal saja? Redha dan relakah kita menyerahkan kembali kuasa pemerintahan kepada PN yang korup dan sakau? Tidak sama-sekali! PN terbukti gagal mentadbir dan mengurus negara. Ratusan bilion RM lesap. Jangan lupa fakta ini. Muhyiddin sendiri sedang hadapi perbicaraan rasuahnya.


PM8 Muhyiddin melalui Jabatan Peguam Negara secara tiba-tiba tak meneruskan pendakwaan dan membebaskan Musa Aman while trial in progress. Faham molek sini. Muhyiddin dan Musa Aman sama jer korup! Kita faham game PM8 tolong bekas CM Sabah tu. Hari ni dilantik pulak TYT.


Terus-terang kecewa bila PMX sendiri majukan Permohonan Royal Pardon Najib ke YDP Agong. Nak kata apa? It's happened. Itulah sifat luhur PMX yang pemaaf dan tidak berdendam walhal dia tahu Najib sumbat dia ke penjara tanggal 10 Feb 2015.


Amat terkilan dan marah juga bila DSAI merestui anaknya bertanding TIm Presiden lawan Rafizi. Sebab dari awal lagi dia sendiri buat kenyataan terbuka beri laluan mudah kepada Rafizi tapi yang berlaku sebaliknya. Akhirnya, berlaku pertembungan team Hiruk vs Damai. Natijahnya, parti lemah dan beri impak negatif dalam PRU16.


Samada kita setuju atau tak, PMX perlu kekal 2 penggal sebelum kita angkat Rafizi PMXI. Negara dan rakyat priority kita.




No comments: