PH Pahang sokong BN tubuh kerajaan negeri, kata Amirudin



Pengerusi Pakatan Harapan Pahang Amirudin Shari berkata pihaknya
 mencapai persetujuan menyokong Barisan Nasional untuk membentuk
 kerajaan negeri.

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) Pahang mencapai persetujuan sebulat suara memberikan sokongan secara rasmi untuk membentuk kerajaan negeri bersama Barisan Nasional (BN).

Pengerusi PH Pahang, Amirudin Shari, berkata keputusan itu hasil mesyuarat dipengerusikannya hari ini.

Katanya, keputusan itu berdasarkan kepada jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) secara keseluruhan yang dimenangi BN (16) dan PH (lapan), sekali gus melebihi majoriti mudah.

“Kami berharap kerajaan Pahang yang baru pasca PRU15 dapat dibentuk demi menjamin pentadbiran kerajaan negeri berjalan lancar untuk kepentingan rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Pada PRU15 lalu, Perikatan Nasional (PN) menang 17 kerusi daripada 41 DUN Pahang, manakala BN memperoleh 16 dan PH lapan kerusi.

No comments: