1. Dalam mana2 penubuhan Kerajaan, stabiliti
paling penting. Politik kena stabil, baru ekonomi akan ikut stabil. Pelabur
asing hanya akan melabur dalam satu negara sekiranya mereka tahu mereka boleh
buat untung. Makanya, politik negara kena stabil dulu.
2. Semua tahu, tiada pakatan pun yang boleh
bentuk Kerajaan hari tu. Tiada satu yang dapat majoriti mudah. Mereka kena
bergabung juga. Ini pun tak dapat dibuat sebab banyak sangat dramanya.
Terutamanya isu BN-PN. Dok bergaduh sakan.
3. Makanya, Agong kita dengan kebijaksanaan
Baginda, terus buat keputusan. Dia nak Kerajaan Perpaduan. Semua kena bersatu.
Jangan nak maciam2. Makanya sebab PN menolak, PH dapat tubuh Kerajaan. Dengan
GPS, GRS dan BN. Betul dah tu.
4. Makanya kena ingat, ini Kerajaan Tuanku
yang punya. Baginda punya magic hand di dalamnya. Maka saya tak paham, kenapa
Geng PN ni mengomel sakan lagi. Seolah2 nak menentang titah Agong. Apakah sifat
derhaka itu tidak terpakai kepada parti Melayu Islam? Mereka maksum?
5. Kena ingat dulu, Agong dah bagi muka. Anda
sudah naik memerintah. Masa tu Tuanku side anda juga. Bila tak kena tekak,
jangan la derhaka.
6. Ini semua akan buat terganggu stabiliti
dalam politik negara. Speaker pula dikatakan nak tengok SD kembali. Walhal
Agong dan MRR tak titah pun. Elok lah diberi “award dildo” sepanjang zaman
kepada dia. Sebagaimana TS Speaker suka sebut dulu.
7. Saya harap kita keluar lah dari budaya
akuan bersumpah (SD) nak lantik Perdana Menteri ni. Tambah dah ada peruntukan
Anti Lompat Parti. Blok parti perlu putuskan strategi secara kolektif. Bukan
secara individu lagi.
8. The best form of vote of confidence ialah
di lantai Dewan Rakyat. Keabsahan Perdana Menteri ditonton ramai. Melalui undi
percaya kepada Perdana Menteri. Transparen, jujur dan berhemat. Itu benda
standard di kebanyakan negara yang boleh dibuat. Bukan saja meyakinkan pelabur
malah rakyat.
9. PM10 dah sebut. Dia nak buat undi percaya
di Parlimen pada 19 Disember ini. Itu tindakan bijak. Kita nantikan. Ramai
risau stunt2 BN, PN dan GPS. Tak tahu lagi apa trick yang menanti.
10. Kena ingat, walau BN tarik diri, ada GPS
dan GRS di situ boleh back up. Kalau PN nak buat hal, gabungan PH, BN, GPS dan
GRS dah dapat 2/3. Kalau dia nak kacau, memang kerja gila. Pada saya, Kerajaan
ini sudah stabil. Sukar nak dijatuhkan.
11. Semua kena ingat, ini Kerajaan Agong yang
buat. Jangan la pikir nak stunt macam2. Buat benda tak elok. The last thing you
want to do now is to disobey Agong. Masa tu you may see, macam mana people
revolt against politikus. PRU16 hanya lagi 4-5 tahun.
12. Akhir kalam, Kerajaan ini Agong yang
punya, hormatilah Baginda. Buang taksub parti itu, pikirlah negara. 5 tahun tu
bukan lama, nak dekat PRU16 nanti gaduh la semula… Rakyat akan tengok kembali,
mana satu nak diangkat pula.
Salam hormat,
Liyana Marzuki