Susulan tular rakaman audio
yang ditular dalam akaun Facebook Datuk Seri Najib Razak, Datuk Syed Mohd Fazmi
Sayid Mohammad membuat laporan polis bagi mengenal pasti dalang yang
membocorkan rakaman tersebut.
Setiausaha
Politik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu dalam rakaman
audio tular tersebut didakwa merancang strategi politik untuk menjatuhkan Najib
sehingga dimasukkan ke penjara.
“Saya
terkejut dan kecewa dengan penyebaran audio berkenaan yang kononnya merakamkan
perbualan antara saya dengan bekas Ahli Parlimen Jempol yang juga Ketua UMNO
Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif.
“Penularan
audio palsu itu merupakan satu percaturan politik yang jahat dan jijik.
Tindakan itu juga membuktikan usaha berterusan untuk memusnahkan reputasi saya
sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri kesembilan,” katanya dipetik
laporan Sinar Harian.
Laporan
polis dibuat Syed Mohd Fazmi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam hari
ini berhubung rakaman itu.
“Saya
berharap siasatan dapat dilakukan bagi mengenal pasti dalang yang
bertanggungjawab di sebalik perbuatan ini,” katanya lagi.
Terdahulu,
tular audio didakwa membabitkan Fazmi dan Mohd Salim yang dikatakan mahu
menjatuhkan Najib dengan memastikannya dimasukkan ke dalam penjara.
Susulan
itu, pengendali akaun Facebook Najib meminta individu terbabit tampil membuat
penjelasan.
Untuk
rekod, Najib dijatuhkan hukuman penjara pada Ogos lalu selepas didapati
bersalah pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana
RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).
Transkrip penuh rakaman audio
tular:
Salim:
Ya
Syed
Fazmi: Kita kena bunuh kredibiliti Bossku, boss
Salim:
Ya
Salim:
Memang la apa pun dia kena masuk dulu… Syed, kalau lepas dia bukan apa dia nak
jadi PM.
Syed
Razmi: Hemm… memang la.
Salim:
Tak boleh. Dia sebenarnya dia ada RM114 juta… dia boleh main beli orang… Yang
ni pun Jamal cerita kat aku. Jamal Pak Tongkol… Aku pergi itu hari kat Sungai
Besar… aku jumpa dia, borak dekat dia punya ni water, water park dia… aku borak
lama dia bagi aku bilik… so tidur la, aku tidur la… aa apa ni kan… jadi dia
bercerita benda tu, dulu kan jeneral dia tu… dan ingat, menang Johor ni bukan
semata-mata kita ya… TMJ pun main peranan… TMJ panggil ketua polis Johor… saya
ingat tiga kali dia panggil.
Syed
Fazmi: Yes
Salim:
Hamzah tak boleh masuk… Hamzah masuk habis.