Genosid di Gaza: Sudah tiba masanya untuk minda yang lebih inklusif
Kita perlu menekankan ciri-ciri progresif dan
keterangkuman di dalam semua ajaran agama yang utama jika kita mahu mengharungi
kekejaman yang kita saksikan hari ini.
Kita terus menyaksikan kehilangan besar nyawa serta pengeboman
berterusan tentera Israel ke atas Gaza.
Tanpa makanan, air atau sokongan kemanusiaan, rakyat yang
terperangkap di Gaza mengalami kehilangan yang memeritkan.
Setelah kehilangan seorang anak secara peribadi di Malaysia
baru-baru ini, tidak dapat tidak, saya merasa simpati yang mendalam terhadap
mereka yang telah kehilangan beberapa orang anak kerana rentetan peristiwa di
Israel-Palestin. Ramai juga telah kehilangan tempat tinggal dan yang lain pula
terpaksa melarikan diri lebih jauh ke selatan di Gaza – sebuah malapetaka yang
tidak dapat dibayangkan.
Krisis ini berterusan tanpa henti. Media melaporkan seakan-akan
peristiwa ini hanya bermula pada 7 Oktober, apabila Hamas melancarkan serangan
ke atas Israel. Kita lupa bahawa Gaza adalah sebahagian daripada wilayah
Palestin yang dijajahi Israel.
Sejarawan India dan profesor Universiti Columbia Vijay Prashad
mempunyai komen yang menarik: “Ya, setiap negara mempunyai hak untuk
mempertahankan diri. Ini adalah prinsip asas undang-undang antarabangsa. Walau
bagaimanapun, mereka terlepas pandang bahawa Gaza bukanlah sebuah negara lain.
Ia adalah sebahagian daripada kawasan yang digambarkan sebagai ‘wilayah
Palestin yang dijajahi’. Ia tidak mempunyai status undang-undang sebagai sebuah
negara.”
Untuk kemudahan asas seperti air, elektrik dan bahan api, mereka
terpaksa bergantung kepada kelulusan dan kawalan Israel. Gaza sering
digambarkan sebagai penjara terbuka terbesar di dunia. Adakah salah secara
moral bagi mereka untuk memperjuangkan kebebasan sendiri?
Di peringkat global, Gaza kekal sebagai salah satu kawasan yang
paling padat penduduknya. Pengeboman tanpa henti yang tidak seimbang ini telah
mengakibatkan lebih 10,000 kematian, dengan hampir 4,500 daripadanya
kanak-kanak. Kemusnahan melibatkan infrastruktur ini akan memberi kesan kepada
penduduk Gaza untuk tahun-tahun akan datang.
Support the struggle to build a Malaysia based
on Justice, Freedom, Solidarity:
·
Sign up for Aliran's free daily email
updates or weekly newsletters or both
·
Make a one-off
donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
·
Make a regular pledge or periodic
auto-donation to Aliran
Tel:
04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com
Pada zaman ini, kita semua bertanggungjawab secara kolektif akan
peristiwa ini. Ingatlah bagaimana Revolusi Kebudayaan di China, pembunuhan
beramai-ramai di Afrika, realiti yang pahit di Kampuchea (sebagaimana Kemboja
dikenali pada 1975-79), perang Ukraine dan peristiwa semasa di Myanmar. Orang
ramai terpaksa berpindah keluar dan ramai pula yang mati.
Kepentingan negara sering mengatasi keperluan manusia, dan
perang dingin yang wujud hari ini sekali gus memburukkan lagi keadaan. Dengan
kuasa veto dalam PBB, segala-galanya menjadi binari – menerima atau mengalah
lebih mudah berbanding daripada mencapai persetujuan untuk tindakan tegas.
Walaupun wujud pendekatan moden untuk menyelesaikan konflik dan
pengantaraan, tindakan tidak berperikemanusiaan terhadap sesama manusia tetap
berterusan. Mereka yang dijajah mempunyai hak untuk memperjuangkan kemerdekaan
mereka. Untuk menafikan perkara ini kepada penduduk Gaza, yang telah mengalami
kependudukan ini selama beberapa dekad, adalah untuk menafikan mereka hak asasi
manusia dan kebebasan.