APA PUNYA RASIS- NEGARA DAH MAJU DOK MAIN ISU PERKAUMAN LAGI. BILA NAK MAJU

 

Tiada keperluan bangkit isu Sarawak tidak terima pelarian Palestin



Isu Sarawak tidak akan menerima pelarian Palestin tidak perlu ditimbulkan buat masa sekarang.


Menurut pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sarawak, Roland Engan, oleh kerana Kerajaan Persekutuan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan menerima atau tidak pelarian Palestin maka isu tersebut tidak relevan dibangkitkan.


"KEADILAN Sarawak yakin Perjanjian Malaysia (MA) 1963 yang kini dilaksanakan di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan sudah cukup kuat untuk Sarawak membuat keputusan tentang isu imigresen, perlarian ke Sarawak dan sebagainya.


"Berkenaan isu perlarian (Palestin) ke Sarawak, Kerajaan Perpaduan tidak pernah membuat keputusan sedemikian setakat ini.


"Oleh itu, mana-mana pihak tidak patut membangkitkan isu yang bersifat spekulatif tanpa asas yang pasti dan menimbulkan keresahan rakyat," katanya dalam satu kenyataan.


Roland Engan menyatakan demikian mengulas isu beberapa NGO Sarawak yang menolak pelarian Palestin masuk ke negeri itu sekiranya kerajaan pusat membenarkan kemasukan pelarian perang.


Hal itu kemudian disokong oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dengan alasan Sarawak tidak perlu menambah beban pelarian sedangkan penduduk pribumi masih mempunyai masalah kekurangan kemudahan asas.


Bagi Roland Engan, hal yang belum dibincangkan oleh Kerajaan amat tidak perlu diulas sehingga menimbulkan kekeliruan kepada rakyat Sarawak dan boleh mencetuskan perbalahan.


"Oleh itu, KEADILAN Sarawak merayu agar semua pihak bertenang tanpa perlu mengapi-apikan isu ini, yang tidak berasaskan pada apa-apa keputusan resmi Kerajaan," katanya lagi.


Terdahulu, NGO seperti Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak (SAPA) menyarankan agar negeri itu tidak menerima pelarian Palestin sekiranya kerajaan Malaysia membenarkan kemasukan mereka.


Untuk rekod, Sarawak mempunyai kuasa autonomi wilayah dan dibenarkan mengawal sempadan negeri sama ada membenarkan atau tidak seseorang individu masuk ke negeri itu.



No comments: