DEMI KEPENTINGAN NASIONAL



MENTERI ALAM SEKITAR DAN MENTERI BESAR TERENGGANU  MESTI SELESAI ISU STESEN JANA KUASA DI TASIK KENYIR.


8 Mac 2022


1. Stesen Jana Kuasa Sultan Mahmud Kenyir telah terpaksa ditutup pada 25 Februari kerana berlaku tanah runtuh di kawasan ampangan.


2. Memandangkan luasa dari empangan ini bersambung ke grid Nasional, implikasi penutupan ini adalah besar. 


3. Ia juga melibatkan runtuhnya Menara Tranmisi 132 KV dan sebuah jambatan berkaitan mengikut kenyataan rasmi TNB pada 2 Mac 2022 Presiden TNB Dato Ir Ibrahim Din.


4 . Timbalan Presiden PAS pusat merangkap Menteri Alam Sekitar dan Air dan Naib Presiden PAS merangkap Menteri Besar Terengganu tidak boleh cuba mengelak isu ini.


5. Ini lah sikap PAS yang unik.


6. Mereka tak tahu apa sebenarnya yang mereka mahu dalam politik selain dari kuasa dan apabila mereka dapati apa yang "mereka fikir" mereka hendak, mereka tidak tahu bagaimana hendak menguruskannya dan mula pening kepala. 


7. Pada tahun 2000 apabila UMNO - BN rampas Royalti Minyak dan Gas Terengganu, PAS meroyan seluruh Malaysia menuntut royalti minyak dikembalikan dan rampasan tersebut satu bentuk kezaliman kerajaan BN ketika itu.


8. Selepas Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan pada PRU 14, Kerajaan PAKATAN HARAPAN yang terdiri oleh AMANAH, BERSATU, PKR dan DAP telah memulangkan bayaran penuh Royalti pada Terengganu dan Kelantan atas simpati keatas dua negeri  rakyat termiskin Malaysia.


9. Walaupun tidak mengharapkan pujian tetapi kami juga tidak menjangka serangan dan cacian bertubi tubi yang lebih hebat dari PAS terhadap kami.


10. Apabila PAS bersama UMNO dan BERSATU serta konco membentuk kerajaan pintu belakang, tidak lama kemudian Menteri Kewangan  kerajaan tubuhan PAS mengumumkan royalti Terengganu dan Kelantan di tarik balik !


11. Ada orang kata padan muka percaya berpakat dengan pengkhianat menumbang kerajaan PH.


12. Terkejut Beruk binatang yang di Tasik Kenyir Terengganu dan Harimau Gua Musang dengan berita itu. Mungkin mereka mengamuk sakan di dalam hutan agaknya


13. Hari ini ada Portal tempatan melaporkan pihak kerajaan menafikan pembalakan berlaku di Tasik Kenyir.


14. Apa lagi mengejutkan ialah orang asli yang tahu selok belok hidup, mati, makan,minum dan beranak pinak di Tasik Kenyir mendapati penafian tersebut amat aneh dan jauh dari kebenaran di lapangan.


15. Mereka memanjat bukit bukau dan kenal setiap pokok berdiri dan di tebang berpuluh tahun dan adakah Kerajaan Terengganu hendak memesong dan memutar fakta di tanah?


16. Menteri Besar Terengganu dengan sewenang wenang  menafikan ada pembalakan berlaku dekat kawasan ampangan Kenyir!


17.  Samsuri Mokhtar terkenal sebagai Menteri Besar " in absentia", atau yang sering tiada di Terengganu, dan sudah tentu jarang menjenguk kawasan berkenaan.


18. Ini adalah masalah serius kerana sistem Kenyir terpaksa ditutup beberapa bulan dan Menteri Besar tak boleh urus secara remote control saja seperti putus bekalan air di Kuala Nerus dahulu. 


19. Nyawa beribu boleh terancam jika hujan lebat berlaku lagi dan ribuan balak yang beratur boleh merempuh ampangan dan malapetaka  besar boleh berlaku melibatkan Bandar Kuala Terengganu dengan penduduk kebih 110,000 orang !


20. Gambar setelit menunjuk jelas pembalakan berlaku dekat dengan ampangan dan drone boleh mengesahkan ini. Ini tidak boleh terus dinafi.


21. Saya sebagai Perunding di lantik  oleh Jabatan Perdana Menteri pada 1985 untuk Pelan Induk pembangunan Tasek Kenyir telah mengkaji sendiri undang udang dan peraturan di Tasik Kenyir oleh pihak berkuasa dan TNB.


22. Pembangunan sekitar empangan Utama Kenyir di Jenagor dan jugaempangan "saddle dam" - empangan pelangi, perlu kelulusan pihak TNB kerana keselamatan nya adalah di bawah TNB.


23. Struktur besar yang hendak dibina atau diubah termasuk kewujudan tumbuhan semulajadi memegang bumi mesti dikaji dan dapat kelulusan. 


24. Kecelakaan besar akibat kegagalan empangan telah berlaku di China dan  Brazil. 


25. Ini maksud saya , apa lagi yang PAS Terengganu mahu? Royalti Minyak diberi oleh kerajaan PH tetapi dibiarkan di rampas kembali oleh rakan Melayu Islam Perikatan. 


26 . Tetapi dalam soal balak, ia khusus kuasa mutlak kerajaan negeri dan tidak ada dolak dalih dalam hal ini.


27. Menteri Besar mesti kehadapan dalam hal ini apatah lagi Samsuri mempunyai abang besar Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man untuk membantu.


28. Kenyir menyalurkan kuasa di Negeri dan kepentingan grid Nasional. Menteri Besar dan Menteri Alam Sekitar telah menikmati kuasa negeri dan pusat yang di hajatkan. 


29. Sekarang tunjuklah kewibawaan dan kesungguhan menguruskan masalah bukan hanya berada di bandaraya besar glamour kaya Kuala Lumpur , Orang HULU TERENGGANU juga rakyat yang perlu pembelaan.


30. Setelah dapat apa yang dihajatkan tunjuklah kewibawaan melaksanakan kerja. TNB hanya mengurus ampangan dan jana kuasa,  kerja pembersihan balak adalah tanggungjawab kerajaan Terengganu yang mengaut hasil balak serta cukai tersebut.


31. Allah bagi hasil minyak dan gas, PAS biarkan PN dan UMNO rampas semula Royalti minyak lepas PH serah pada PAS Terengganu.


32. ALLAH Anugerahkan stesen jana kuasa HIDRO SULTAN MAHMUD KENYIR, PAS biarkan kayu balak yang hanyut tidak di urus bertahun di tasik dan tanah runtuh menutupkan stesen janakuasa Hidro Nasional Tasik yang terbesar di ASEAN. 


33. Dua hasil kuasa tenaga lumayan dan tenaga besar. Satu- minyak dan gas, Kedua- stesen hidro terbesar Negara di Kenyir, PAS gagal memelihara kedua duanya untuk rakyat Terengganu.


34. Apa lagi yang PAS mahu??


RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH 

Pengerusi Biro Alam Sekitar AMANAH,

Mantan Pengurus Projek Pelan Induk Tasek Kenyir (1987) untuk JPM.


Sumber foto : trdi.my


No comments: