Habis semua benda nak dikaitkan dengan politik. Habis segala-gala nak disalahkan PMX. Kalau awek dia lari ikut Bangla pun dia salahkan PMX juga la tu agaknya. Bukan salah dia yang malas kerja.
Mudah je sifirnya. Kalau rider cukup syarat, kalau motor cukup sifat, datanglah black Maria tiga belas butir pun, tak ada apa nak risau. Sebab cuma orang salah je yang takut. Macam Mahiaddin tu.
Yang kena tahan bukan semua. Cuma yang sudah diubahsuai je. Paling banyak ubahsuai ekzos. Bunyi sampai gegar alam. Menurut polis, ada aduan dari penduduk tentang bunyi bising dari motor mereka.
Yang kena sita pun bukan semua. Cuma yang ada tanda casis kena usik. Maknanya mungkin barang curi. Kalau dah pencuree, takkan nak dibiarkan je? Eh, tertypo pulak eja pencuri macam tu.
Jadi kalau nak join event, pastikan diri tu lengkap. Dan pastikan motor tu sempurna. Motor yang dah diubah suai tak selamat. Bukan setakat kepada diri penunggang sendiri bahkan juga kepada pengguna jalanraya yang lain. Sebab itu diharamkan ubahsuai.
Tak timbul soal nak dengki atau apa pun. Setakat dengki event RXZ, apa sangat hasilnya? Banyak benda lain kerajaan boleh dengki. Dorang perasan diri tu besar sangat sebenarnya. Set set Sanusi juga ni. Perasan je lebih.
Event setahun sekali, takkanlah tak boleh berlebih kurang. Kan? Betul jugak. Gini la. Setahun sekali bagi awek atau isteri ko keluar dengan lelaki lain. Boleh? Setahun sekali je kot. Takkanlah tak boleh berlebih kurang?
Atau, setahun sekali biarkan orang pecah masuk rumah ko. Alah setahun sekali je. Janganlah kacau. Boleh tak? Tentu tak boleh kan? Sebab apa? Sebab benda salah. Setahun sekali pun, salah tetap salah.
Begitu juga dalam isu ini. Event setahun sekali pun, modifikasi motor tanpa lesen tetap salah. Takkan la setahun sekali punya pasal, polis kena benarkan nyawa pengguna jalanraya dalam bahaya?
Pelik juga aku. Yang kaitkan roadblock ini dengan kerajaan adalah penyokong PAS. Yang aku pelik, takkanlah penyokong parti Islam izinkan perkara salah? Sedangkan patuh kepada undang-undang itu adalah wajib menurut Islam. Apa kes?
Tak timbul soal PMX datang atau tak. Aku pun tak pasti kalau PMX dijemput. Tapi kalau jemput pun, event tu dibuat serentak dengan 2 PRK di Johor. Kalau ko sendiri jadi PM, mana lebih penting?
Zaman aku rempit dulu pun biasa kena roadblock begini. Tapi aku tak pernah la sangkut sebab motor aku nampak standard. Aku pun cukup lengkap lesen dan roadtax semua ada. Cuma kawan aku ada la yang kena.
Tapi kawan-kawan yang kena tu, tak pernah sekali pun salahkan kerajaan. Sebab kitorang tau memang salah sendiri. Tapi budak sekarang ni otak makin kemetot. Sendiri tak betul, orang lain dipersalahkan.
Kepada pengguna jalanraya lain yang sokong budak RXZ ni, bermakna korang sokong salah guna jalan raya oleh mat rempit dengan motor yang tak ikut spec. Lain kali kalau pemanduan korang terganggu oleh mereka, jangan marah. Kalau boleh hulurkan la duit kepada mereka sebagai tanda sokongan. Biar dia boleh modify lagi motor dia.
Tiada unsur politik di sini. Cuma ada parti yang terdesak, mungkin kecewa sebab orang Johor bijak dan tak tertipu dengan helah bodoh dia, maka dia jadikan isu ini sebagai isu politik untuk perdayakan orang muda.
Kalau nak politikkan isu, tu ada satu lagi berita tu. Orang meniaga depan rumah pun kena saman. Itu orang Melayu tu. Yang meniaga Melayu, tukang saman tu Melayu, pemerintah pun Melayu. DAP tak terlibat. Satu kerusi pun DAP tak menang tapi tetap Melayu tak senang.
Itu baru betul isu besar. Isu rakyat nak cari duit lebih tapi terhalang. Isu ini baru bagus diviralkan. Bukan isu budak rempit tak ikut peraturan. Undang-undang ada tu patuh la. Jangan buat perangai haiwan yang tak faham erti peraturan. Guane boh?
Raja Gelap
.