PATUTLAH NAJIB GELAR DIA NI BEBAL---YA SUNGGUH

 

Semalam Najib Razak menggelar Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan sebagai bebal kerana tidak tahu membezakan antara pilihan raya negeri (PRN) dengan pilihan raya umum (PRU) serta berterusan mendesak UMNO/BN untuk menamakan siapa “poster boy”mereka dalam PRN Johor akan datang ini.

Kata Najib, oleh kerana di Johor ini hanya suatu PRN, maka sudah tentu Menteri Besar, Hasni Mohamed akan menjadi “posteri boy”, sama seperti yang dilakukan UMNO/BN pada PRN Melaka sebelum ini.

Dengan demikian, tambahnya, tiada keperluan untuk meletakkan dirinya, Zahid Hamidi atau Ismail Sabri sebagai “poster boy” dalam PRN Johor.

“Boleh tahan bebal adik buku manifesto ini,” kata Najib lagi.


Hari ini, Wan Saiful sekali lagi menunjukkan kebebalannya apabila menyalahkan kerajaan PH yang mentadbir negara selama 22 bulan selepas PRU14 kerana suka memotong peruntukan tanpa mengambil kira keperluannya untuk rakyat.

“Apabila kita, Bersatu, sebahagian daripada PH, ketika rakyat perlukan bantuan dan minta bantuan, kita lihat bagaimana agenda PH potong sana, potong sini.

“Kurangkan bantuan ini, potong bantuan itu. Sebaliknya mereka beri bantuan RM30.

“Jumlah itu habis selepas sekali atau dua kali makan,” katanya ketika sesi taklimat jentera Perikatan Nasional (PN) di Batu Pahat.

Berikutan cubaannya menyalahkan PH itu, sedarkah Wan Saiful siapa yang mengetuai kerajaan PH ketika itu?

Bukankah Perdana Menteri PH ialah Tun Mahathir Mohamad, Pengerusi Bersatu dan Mahiaddin Md Yasin selaku Presiden Bersatu adalah merupakan salah seorang menteri dalam kerajaan ketika itu?

Jadi, Wan Saiful nak salahkan siapa?

Tidakkah yang salah ketika itu ialah pemimpin dan partinya sendiri yang mengetuai kerajaan pada waktu itu?

Walaupun Tun Mahathir sudah tidak lagi bersama Bersatu, tetapi dengan Mahiaddin masih mengetuai parti itu, malah rekodnya sebagai Perdana Menteri jauh lebih gagal sehingga hanya mampu bertahan selama 17 bulan saja, apa yang mahu Wan Saiful buktikan?

Mahiaddin bukan saja gagal sebagai Perdana Menteri, malah ketika menjadi Menteri Dalam Negeri era PH, turut langsung tidak berfungsi sebagai pemimpin banyak pengalaman dalam kerajaan.

Kepada Wan Saiful yang membangkitkan pemotongan peruntukan di era PH, tidakkah beliau sedar ketika Mahiaddin jadi Perdana Menteri, lebih banyak peruntukan disekat dan tidak diberikan sehingga menyebabkan kemarahan lebih merata lantaran di waktu yang sama ancaman Covid19 membawa lebih kesusahan kepada rakyat jelata?

Jika Najib semalam menggelarnya “boleh tahan bebal”, tanpa keraguan lagi sekarang ini gelaran itu memang sesuai untuk beliau. – ShahbudinHusin 07/02/2022.

No comments: