HABIH LA NUSI- TAK SEMPAT NAK BELAT AYAQ MAI PENANG-KERAJAAN PUN NAK REBAH DAH..YELLEPATI YELLEK

 

DUN Kedah goyang, kunjungan PM kuatkan spekulasi

DUN Kedah goyang, kunjungan PM kuatkan spekulasi

Lawatan kerja Perdana Menteri ke Kedah selama dua hari menguatkan desas desus ‘nakal’ yang mengatakan bahawa situasi politik di negeri jelapang padi ini agak tidak stabil.

Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dalam jadualnya menyempurnakan Majlis Perasmian Projek Strategik NCER – Kedah Rubber City (KRC) pada petang isnin.


Namun, menarik perhatian pemerhati politik adalah di Facebook peribadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Dato’ Seri Jamil Khir Baharom menyiarkan beberapa gambar di sebuah majlis tertutup Perdana Menteri bersama Biro Politik UMNO seluruh Kedah.

Jelas di sini khabar angin yang mengatakan bahawa 2 ADUN UMNO akan tarik sokongan kepada Sanusi mungkin bakal menjadi kenyataan.

UMNO sebagai sebuah parti berpengalaman mungkin berupaya menarik beberapa lagi ADUN yang kemungkinan mempunyai pendirian yang goyah untuk turut ikut serta menumbangkan kerajaan campuran yang diketuai PAS ini.

Terdahulu Sanusi dan barisan Exco Kerajaan Negeri Kedah telah mengadakan satu sidang media bagi menafikan khabar angin DUN Kedah bakal terbubar dalam masa terdekat.

No comments: