MEREKA INGIN BERPECAH KERANA INGIN MENJADI KETUA





Kalau ulas parti baru seperti Muda dan Pejuang, ada yang akan komen kenapa pembangkang tak mahu bersatu. Kenapa masih nak bertelagah sesama sendiri. Tak sedikit yang menuduh PH dan DS Anwar sombong dan tamak.
Bro... Jawapan aku mudah saja. Mereka yang mahu berpecah. Jika mereka betul fikirkan kestabilan politik, betul matlamat untuk rakyat, betul mahu hapuskan rasuah dan kebejatan, nescaya mereka akan masuk mana-mana parti dalam PH.
Tapi mereka nak jadi ketua. Masuk parti dalam PH, mereka kena duduk di bawah. Mereka tak mahu. Sebab mereka nak kuasa. Jadi mereka buat parti baru untuk lunaskan tuntutan nafsu mereka. Jika begitu, kenapa PH kena patuh?
Kenapa nak salahkan PH tamak? Kenapa tak tanya orang tubuh parti baru ini? Apa tujuan mereka nak buat parti baru? Siapa yang tamak sebenarnya? Masa buat parti tak fikir perpaduan. Bila nampak susah nak menang, baru sibuk cerita pasal khemah.
Bagi aku mudah. Semua yang tubuh parti baru adalah orang tamak yang gila nak jadi ketua. Tidak ada rakyat dalam fikiran mereka. Kemahuan mereka cuma pangkat dan kuasa. Kalau PH tunduk kepada mereka, maka PH bodoh. Guane boh?

No comments: